Ahad, 9 Januari 2022

JANGAN JADI BUDAK SURUHAN AZAM BAKI

 


Adakah Wan Junaidi mahu lindungi Azam Baki?

KAMI, selaku ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (PSC Agensi JPM) ingin menyuarakan kekecewaan kami terhadap kenyataan menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang disiarkan oleh media berita pada 9 Januari 2022.

Selaku Menteri yang bertanggungjawab terhadap undang-undang, kami kesal Wan Junaidi nampaknya memperkecilkan keseriusan skandal pegangan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki dengan membangkitkan nilai saham-saham pada masa pembelian.

Wan Junaidi memberikan justifikasi isu saham dipegang oleh Azam dengan mengatakan bahawa ianya bernilai RM330,000 dan adalah mampu milik.

Persoalan kami, mengapakah Wan Junaidi kelihatan bersifat melindungi Azam?

Isu pembelian saham-saham ini a bukan sahaja isu mampu milik. Ia juga persoalan konflik kepentingan. Ia juga persoalan integriti. Ia juga persoalan defisit kepercayaan rakyat jelata terhadap SPRM selaku pembasmi rasuah. Wan Junaidi nampaknya mengabaikan kesemua persoalan ini.

Selain itu, penyataan Wan Junaidi (bahawa Azam sendiri mampu beli saham tersebut guna gaji sendiri) juga bertentangan (berkonflik) dengan kenyataan di mana Azam menyatakan bukan dia yang beli, tetapi adiknya yang tumpang namanya untuk membeli.

Kami ambil maklum bahawa Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (diwujudkan secara perundangan mengikut Seksyen 14 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009) diketuai Yang Dipertua Dewan Negara, Rais Yatim akan mengambil langkah dalam isu Azam ini.

Persoalan kami, bilakah lagi giliran PSC Agensi JPM yang diketuai Yang Berhormat Abdul Latiff Rahman yang juga ahli Parlimen Kuala Krai daripada PAS?

Nescaya kedua-dua jawatankuasa ditubuhkan melalui peruntukan yang berlainan dan mempunyai peranan yang berlainan untuk dimainkan.

Mengapakah seruan kita untuk mengadakan pendengaran untuk Azam diketepikan?

Bagaimanakah demokrasi berparlimen di Malaysia dapat berfungsi jika PSC tidak dapat menjalankan tugas secara berdikari tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada eksekutif?

Mengapakah Setiausaha Dewan Rakyat kena tulis surat kepada Wan Junaidi untuk mendapatkan kelulusan?

Kami dengan sesungguhnya menyatakan bahawa tiada keperluan bagi mendapatkan kelulusan Wan Junaidi dan pihak Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan Rakyat seharusnya menetapkan tarikh bagi mesyuarat atau pendengaran PSC Agensi JPM tanpa dilengah-lengahkan lagi.

Sekali lagi kita mendesak PSC Agensi JPM juga harus menjalankan tugas kita, selaras dengan apa yang akan dilangsungkan oleh Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah Rais Yatim. – 9 Januari, 2022.

* Kenyataan bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pilihan Khas Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri iaitu Ahli Parlimen Sepanggar Azis Jamman, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Melaka Khoo Poay Tiong, dan Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen.


PASAI APA

APA JADI

LOKMAN ADAM

KAH KAH KAH

JADI MACAI 

AZAM BAKI

KAH KAH KAH

ADA APA APA

TERSOROK KE?

KAH KAH KAH

ADA APA APA

NAK SOROK KE

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: