Khamis, 10 Februari 2022

ANWAR MENANG SAMAN KHAIRY

 


Mahkamah tolak rayuan Khairy, arah bayar RM150,000 kepada Anwar

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari ini sebulat suara menolak rayuan rayuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung tuntutan saman fitnah oleh Anwar Ibrahim, berkaitan ceramah di Lembah Pantai, 13 tahun lalu.

Sebaliknya, tiga panel hakim diketuai oleh  Lee Swee Seng sebulat suara menolak rayuan kenyataan ‘main belakang’ oleh Menteri Kesihatan itu selain memerintahkan beliau membayar kos ganti rugi sebanyak RM150,000 kepada Anwar.

Turut bersidang atas talian pagi ini ialah Hakim  Darryl Goon Siew Chye dan Hakim  Ghazali Cha.

Pada 29 September 2017, Mahkamah Tinggi memutuskan Khairy memfitnah Anwar dan menolak permohonannya untuk mengubah pernyataan pembelaan.

Pada 19 Februari 2018, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Menteri Kesihatan itu atas sebab teknikal tanpa meritnya didengar.

Namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuan Khairy dan mengarahkan Mahkamah Rayuan mendengar meritnya.

Sejurus selepas keputusan disampaikan, peguam mewakili Khairy, Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan pihaknya akan membawa kes ini kepada Mahkamah Persekutuan dalam masa terdekat.

Anwar yang juga Presiden PKR pula diwakili oleh  Gopal Sri Ram.

Sebelum ini ketika prosiding sebelum-sebelum ini, Sri Ram ketika berhujah perkataan yang diucapkan oleh Khairy membawa maksud memfitnah terhadap Anwar.

“Dalam hal ini, adalah penting untuk diingat bahawa perkataan atau kenyataan yang dikompelin oleh Anwar ialah: ‘Anwar main dua-dua ikut belakang.’

“Dalam pengertian Bahasa Melayu yang biasa dan difahami oleh rakyat Malaysia (sama ada beliau Melayu atau tidak) perkataan itu merujuk kepada hanya satu perlakuan iaitu, dalam konteks ia diucapkan, homoseksualiti,” hujahnya.

Manakala pada prosiding 2 November 2021, Muhammad Shafee berhujah ucapan Khairy semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 adalah merujuk kepada gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang bagi menghadapi pilihan raya itu dan tidak mempunyai kaitan dengan kes liwat Anwar.

Dakwa Muhammad Shafee Khairy bercakap mengenai gabungan atau kerjasama antara parti pembangkang iaitu Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP semata-mata bagi tujuan menghadapi pilihan raya.

Anwar menyaman Khairy, yang ketika itu Menteri Belia dan Sukan serta Naib Ketua Pemuda UMNO, pada 7 Mac 2008 mendakwa Khairy membuat kenyataan memfitnahnya dalam ceramah di Lembah Pantai pada 20 Februari tahun sama dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan di portal berita. 

PEKARA INI

SENANG SELESAI

AMIN

NURUL BOLEH

KAUTIM DG KJ

UNTUK KAUTIM

DG ANWAR

KAH KAH KAH

DUA DUA BOLEH

KAUTIM DEPAN

 BELAKANG

KAH KAH KAH

SAP SAP SUI

PUKRAK MUKRAK

AMIN

TAPI ADA BERITA

ANGIN KATA

NURUL DAH

TAK BECAKAP

LAGI  DENGAN

ANWAR PASAL

GOTO GO TO 

KAH KAH KAH 

INI KOBA ANGIN 

DARI GENG SAM 

KAH KAH KAH

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Manusia manusia ini ada malu tak? Asyik bawa keluar isu kelambu saja sejak 1998? Pun masih tak ada malu sedikit secubit pun, bagaimana perasaan isteri anak cucu semua melihat semua ini? Apa lah punya manusia begini? Perangai serupa binatang, tak ada malu secubit pun, rasa malu lah sikit bukan banyak, asyik main depan belakang, dunia ini hanya seks semata mata saja kah??? Nak mampus pun nak bidadari sunti perawan, motif utama selepas mampoos, kah kah kah lepas mampooosss pun nak rasa ketat sendat elok lah sangat manusia manusia begini,.masa hidup pun serupa syaitan perangai amin

Tanpa Nama berkata...

Isham, cer explaine sikit ape dia gotu gotu tu? Dah 3 tahun aku dengar. Aku betul betul panasaran.