Khamis, 10 Februari 2022

BANJIR BUKAN SALAH PAHANG

 



Kerajaan Pahang tuntut RM1 juta, permohonan maaf daripada aktivis

KERAJAAN Pahang mengeluarkan notis tuntutan permohonan maaf dan ganti rugi RM1 juta daripada aktivis Shariffa Sabrina Syed Akil kerana didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai aktiviti pembalakan di negeri itu.

Kerajaan negeri itu berkata, aktivis alam sekitar berkenaan membuat kenyataan berunsur fitnah di Facebooknya pada 29 dan 30 Disember 2021, dan juga semasa wawancara Sinar Harian pada 12 Januari tahun ini.

Notis berkenaan dikeluarkan melalui tetuan Hidayah Ishak & Partners.

Notis tuntutan itu, yang dilihat oleh The Malaysian Insight, menyatakan kenyataan Shariffa antara lain membayangkan bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab membenarkan pembalakan di kawasan pergunungan Karak tanpa membuat penilaian kesan alam sekitar.

Kenyataan beliau juga membayangkan bahawa kerajaan negeri bersekongkol dengan jabatan perhutanan Malaysia untuk mengeluarkan kenyataan berunsur penipuan yang mendakwa tiada aktiviti pembalakan di hutan simpan Lentang dan kerajaan negeri menjalankan aktiviti pembalakan di hutan simpan Lentang tanpa sebarang kesalahan yang menyebabkan bencana.

Ia seterusnya berkata kenyataan beliau juga membayangkan bahawa negeri itu terlibat dan menjadi punca aktiviti pembalakan dan penerokaan haram di hutan negeri dan mengamalkan rasuah dengan membenarkan aktiviti pembalakan berleluasa kepada syarikat pembalakan di kawasan hutan di negeri ini.

Menurut surat tuntutan itu, kenyataan Shariffa menyebabkan masyarakat beranggapan bahawa kerajaan negeri menipu, tidak berintegriti dan tidak bertanggunjawab.

“Sikap tidak bertanggungjawab kamu, yang ditunjukkan melalui tiga kenyataan itu, anak guam kami telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat serta mencemarkan nama baiknya,” menurut surat itu.

Shariffa diminta membuat permohonan maaf tanpa syarat kepada kerajaan Pahang kerana berkongsi kenyataan itu di semua platform media sosialnya, yang boleh diakses ramai.

Sekiranya beliau enggan mematuhi notis itu dalam tempoh 14 hari selepas menerima surat berkenaan, kerajaan negeri akan memfailkan tuntutan dengan mahkamah tanpa merujuk kepadanya serta menuntut ganti rugi lain, menurut surat tuntutan itu.

Hanya taktik untuk menakutkan

Shariffa ketika dihubungi berkata, ini adalah taktik untuk menakut-nakutkan kerajaan negeri bagi menghalang aktivis lantang bercakap mengenai kebenaran.

Beliau menyifatkan tindakan kerajaan negeri itu sebagai “tidak masuk akal”.

“Langkah negeri Pahang menghantar tuntutan itu kepada saya adalah tidak masuk akal.

“Saya seorang pencinta alam sekitar, aktivis dan mempunyai NGO. Saya bercakap bagi pihak rakyat. Ia tiada kaitan dengan politik. Ia mengenai alam sekitar kita. Kita perlu mengutamakan alam sekitar kita,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Menurutnya beliau tidak gentar dengan taktik kerajaan negeri dan menambah bahawa beliau telah merujuk perkara itu kepada peguamnya untuk nasihat.

“Ini sangat tidak wajar. Ini adalah taktik menakutkan untuk kami tidak berkata apa-apa. Peguam saya akan menelitinya dan mereka akan menasihati saya.

“Apa yang boleh kita katakan, di Malaysia, apabila bercakap tentang alam sekitar, ia sentiasa berada di tempat terakhir dalam senarai.

“Kita boleh lihat punca banjir yang menyaksikan ramai daripada mereka mati, ia tidak pernah berlaku sebelum ini. Jadi, dalam keadaan sebegitu, perlukah kita berdiam diri?

“Kita semua tahu bahawa salah satu punca perubahan iklim ialah penebangan hutan,” kata presiden kumpulan pelindung alam sekitar, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka). Beliau juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya, menjalankan perniagaan pusat peranginan dan chalet. – 10 Februari, 2022.



WOIT

KERAJAAN 

PAHANG

TAK SALAH

AMIN

BANJIR BALAK

BUKAN

DARI BALAK

 PAHANG

AMIN

BALAK DATANG

DARI NEGERI

SEMBILAN

AMIN


PAPAN TANDA

LESEN MEMBALAK

YANG MENULAR

ADALAH PALSU

AMIN

YANG MATI

BUKAN 

ORANG PAHANG

TAPI ORANG

KELANTAN

 YANG DATANG

KE PAHANG

 SEPERTI KELUARGA

SABRI II4

KAH KAH  KAH 

AMIN

Tiada ulasan: