Selasa, 15 Februari 2022

KAWAHLI TIBAI KETATI

 



Hadi Al-Kawahli terlalu marah, kata sumber dedah punca Khairuddin Al-Ketati dipecat

ISU yang terkumpul melibatkan  Khairuddin Al-Ketati, termasuk hubungannya dengan seorang aktivis politik gerakan Islam, punca bekas menteri itu dipecat daripada dua jawatan dalam PAS dalam masa sebulan yang lepas, kata beberapa sumber.

Kemarahan Presiden PAS  Hadi Al-Kawahli memuncak selepas Khairuddin melibatkan aktivis politik itu semasa mewakili parti dalam satu persidangan mengenai Palestin di Istanbul, Turki pada Disember lalu, kata sumber.

Sumber memberitahu , kemarahan  Hadi Al-kawahli  tidak dapat dibendung sehingga pada satu peringkat mahu membuang Khairuddin dari parti.

“Namun ia dihalang oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat yang lain kerana bimbang keadaan akan lebih teruk dan tidak dapat dikawal hingga menjejaskan imej parti.

“Kerana itu akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengugurkan sahaja jawatan Khairuddin Al-Ketati sebagai ahli jawatankuasa parti dan setiausaha majlis syura ulama,” katanya.

Sikap Al-Kawahli terhadap aktivis politik itu diketahui umum dalam kalangan ahli dan pemimpin PAS. Beliau menganggapnya sebagai dalang yang memecah-belahkan kepimpinan tertinggi PAS.

Al-Kawahli  juga dilapor pernah memberi amaran kepada Al-Ketati  kononnya aktivis politik berkenaan “agen Umno”.

Aktivis politik berkenaan dikatakan antara sosok utama yang terlibat mengatur hubungan PAS dan Umno sejak 2009.

“Presiden minta berulang kali putuskan hubungan dengan dia tapi Khairuddin tetap berhubung, termasuk membawanya ke luar negara,” kata sumber.

Sumber menjelaskan kesabaran Abdul Hadi teruji apabila Hamas mengadu mengenai kehadiran aktivis politik berkenaan bersama rombongan pimpinan PAS pada persidangan mengenai Palestin.

“Mereka tidak selesa bila (aktivis itu) ada dalam pertemuan tersebut. Maka wakil Hamas telah membuat bantahan kepada presiden sendiri,” katanya.

Seorang lagi sumber menceritakan perkara sama kepada The Malaysia dan menambah kehadiran Al-Ketati  bersama aktivis politik berkenaan ke persidangan Palestin bukan satu-satunya penyebab beliau dipecat daripada dua jawatan parti baru-baru ini.

“Ia rentetan dari isu-isu lain sebelum ini. Kita boleh kata pelbagai dan bukan semata- mata kerana isu lawatannya di Turki, Khairuddin dipecat.

“Cuma isu lawatannya itu menjadi titik tolak membawa kepada keputusan memecat Khairuddin,” katanya.

Timbalan Presiden PAS  Ibrahim Al-Eko Gapo yang dihubungi berkata beliau tiada maklumat mengenai perkara itu dan enggan mengulas lanjut.

Al-Ketati  juga enggan mengulas mengenai pengguguran jawatannya yang dikaitkan dengan seorang aktivis politik.

Dalam satu rakaman video di Facebook beberapa hari lalu beliau berkata belum sampai masa untuknya memberi komen mengenai pemecatannya.

Apa yang berlaku juga membabitkan isu dalaman dan perlu diselesaikan dengan cara parti, katanya.

Sementara itu, sumber membayangkan laluan sukar untuk Al-Ketati mempertahankan kerusi Parlimen yang dimenanginya sejak 2013.

“Ya, sudah pasti ada kemungkinan nama Khairuddin akan dikeluarkan sebagai calon yang mempertahankan kerusi Parlimen,” katanya.

Pada 14 Januari,  Al-Kawhli  mengesahkan penarikan balik pelantikan Al-Ketati  sebagai ahli jawatankuasa PAS Pusat, tidak sampai dua bulan selepas dilantik ke jawatan itu, setelah kalah dalam pemilihan parti.

Minggu lalu, Al-Ketati digugurkan pula dari jawatan setiausaha agung Majlis Syura Ulama PAS.

Al-Kawahli berkata tindakan terhadap Al-Ketati atas alasan disiplin tetapi beliau enggan memperincikan pelanggaran disiplin berkenaan.

Khairuddin Al-Ketati, yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus, dikenali antara pemimpin PAS yang kuat memperjuangkan kerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional.

Penggugurannya daripada Jawatankuasa PAS Pusat kebetulan dibuat pada minggu sama Al-Ketati  terlibat dalam satu perbincangan tertutup bersama pemimpin parti yang diketahui cenderung kepada kerjasama dengan Umno.

Perbincangan tertutup tersebut difahamkan berkait usaha memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN). – 15 Februari, 2022.

INI BERITA

KURANG BAIK

AMIN

AL-KAWAHLI

TIBAI

AL-KETATI

KAH KAH KAH

KESIAN AL-KETATI

KALAU KENA BUANG

MACAM NAK

CARI MAKAN

AMIN

MACAM MANA

 NAK

DAPAT BINI KETAT

KAH KAH KAH

AL-KAWAHLI 

TAK MAHU

 KERJASAMA DGN

GEROMBOLAN

AMIN

INI TINDAKAN

TEPAT BAIK

DAN AMAT BAIK 

WAJIB DISOKONG

KHALAS

2 ulasan:

Amutalingam barkaylow berkata...

Yee Haw Jeng3x Angin takdo gibut takdo ... totibo muncul jo diyo terus jo bersiaran/berperanan. High Noon Melesya@EntireWorld.

What up guys ... where gonna goin' to hell or to heaven ... your choice, you decide .. nak togojun lombong pun suko hati ... takdo siapo nak nogah.

Yee Haw Jeng3x nantikan sikoboi jimen dari hujung kampiong ma'ei dgn kudo kapcai warno biru. Jgn lupo. Tahu.

kihkihkih.😁🤑😎

Tanpa Nama berkata...

Betul wajib sokong. Tapi itu perkara kecil anak.
Perkara awal wahid ialah apabila 2ekor malaon tak berguna ini alkawahli alketati bergaduh, perkara utama kita kena buat ialah curah minyak jadi batu api dan gaduhkandua ekor malaon ini lagi dan lagi.
Hang tt lupa banyak perkara semenjak 2menjak ni. Harga bahan memasak ikan daging sayormayur buah epal tapai petai sudah naik harga. Apa yang 2ekor malaon itu buat? Hari hari garu telor? Dibayar gaji elaun itu ini untuk bini menayang al audi q7 saja hadiah daripada en somi?
Itu belum isu tol petrol kpdnkklmnopqrstuv yang kerja mengabiskan duit cukai. Bayar gaji ke diaorang harga barang tetap macam celaka.
Belum lagi isu permit, lesen pemborong, pengilamg lesen itu ini yang menyusahkan orang sebab kerajaan penyamun.

2ekor alkawahli alketati altontowi altantuya budak pekan sial itu samalah juga.