Isnin, 28 Februari 2022

KITA SEMUA DALAM BAHAYA

 



Putin arah pasukan nuklear dalam mod tempur

PRESIDEN Rusia Vladimir Putin mengarahkan ketua pertahanannya meletakkan “pasukan pencegahan” nuklear negara itu dalam keadaan bersiap sedia sambil menuduh Barat mengambil langkah “tidak mesra” terhadap negaranya.

Ketegangan antarabangsa sudah memuncak berikutan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, dan perintah Putin akan menyebabkan kebimbangan selanjutnya.

Moscow mempunyai senjata nuklear kedua terbesar di dunia dan gudang besar peluru berpandu balistik yang membentuk tulang belakang pasukan pencegahan negara itu.

“Saya mengarahkan menteri pertahanan dan panglima angkatan tentera Rusia untuk meletakkan pasukan pencegahan tentera Rusia ke dalam mod khas perkhidmatan tempur,” kata Putin.

“Anda melihat bahawa negara-negara Barat bukan sahaja tidak mesra dengan kita dalam bidang ekonomi – maksud saya sekatan tidak sah,” tambahnya, dalam ucapan di televisyen.

“Pegawai kanan NATO juga membenarkan kenyataan agresif terhadap negara kita.”

Menteri Pertahanan Shoigu menjawab: “Menurut perintah.”

Presiden Rusia pada Khamis mengarahkan pencerobohan Ukraine, menghantar gelombang kejutan ke seluruh dunia.

Menurut sumber Barat, tentera darat Rusia memasuki Ukraine dari utara, timur dan selatan tetapi berdepan tentangan hebat daripada tentera Ukraine, yang keamatannya mungkin mengejutkan Moscow.

Pihak berkuasa Ukraine menyifatkan beberapa tentera Rusia sebagai lemah semangat dan keletihan, dengan mendakwa berpuluh-puluh telah menyerah diri. – AFP, 27 Februari, 2022.

 

AMERIKA JAHAT

CUCUK UKRAINE

UMPAN DG NATO

 KACAU RUSIA

AMIN

RUSIA MASUK

SERANG UKRAINE 

AMERIKA & NATO

BUAT DEK

KAH KAH KAH

UKRAINE KENA

KENCING

AMIN

SEKARANG SATU

DUNIA DALAM

BAHAYA KERANA

UKRAINE BODOH

NAK MASUK NATO

NAK KACAU RUSIA 

SATU HABUK 

TARAAK

AMIN 

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enche' TT, camne Ukraine tu tak bodoh. Majoriti rakyatnya pun tongong bangang, pilih ahli lawak jadi presiden. Ahli lawak suka dengar tepukan, sorakan dan gelak ketawa para penontonnya. Maka itu dia senang jadi barua Mat Biden, Mat Bojo dan Mat EU gi isap Mat Puting. Mat Puting mesti lah nelenting punya...!
Sama gak dengan keadaan kat sini Mat Lanun dan Mat Jawo Komidi masih diminati kerana lawak mereka.
Tengoklah keputusan PRN Johor tu.