Isnin, 28 Februari 2022

TAN SERI ESCOBAR ?

 



Hanya pejabat peguam negara boleh jelaskan kes dadah anak Vincent Tan, kata Ayob Khan

HANYA Pejabat Peguam Negara boleh menjelaskan mengenai pengurangan pertuduhan kes dadah melibatkan anak ahli perniagaan Vincent Tan, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Ayob Khan Mydin Pitchay.

Katanya, pihak polis melengkapkan siasatan kes itu pada hujung 2019 dan menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

“Tuduh atau tidak, itu kena tanya Pejabat Peguam Negara, kita dah buka siasatan pada Disember 2019 dan sudah menyerahkan hasil siasatan.

“Polis hanya jalankan siasatan dan hantar kertas siasatan itu kepada AGC. Mereka akan menentukan, sama ada nak tuduh atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Bukit Aman, hari ini.

Kes anak Tan jadi perhatian baru-baru ini selepas peguam negara ketika itu Tommy Thomas didakwa menutup kes biarpun ditangkap memiliki dadah dalam kuantiti yang banyak.

Thomas menafikan sekeras-keras dakwaan yang disebar melalui akaun Twitter Edisi Siasat kononnya beliau menerima rasuah.

Katanya, pertuduhan kes itu dipertimbangkan semula selepas peguam tertuduh mengemukakan representasi kepada pejabatnya.

Menurut Thomas, selepas mengkaji representasi dan kertas siasatan serta menyemak peruntukan undang-undang berkaitan dan berbincang dengan semua Timbalan Pendakwa Raya, beliau memutuskan untuk mengurangkan pertuduhan. – 28 Februari, 2022.

BERPA KILO ?

BERAPA KATI?

BERAPA GRAM ?

AMIN

TUKAR TIUB

SELALU SEBUT

TAN SRI ESCOBAR

KAH KAH KAH

APAKAH DIA

PENGIMPOT?

PENGEKSPOT?

ATAU

PENGGUNA ?

AMIN

RAKYAT MAHU

TAHU 

AMIN

SEMUA MAT PET

MAHU TAHU

AMIN

SEMUA GRADUAN

UNIVERSITI SERENTI

MAHU TAHU

AMIN

SEMUA BEKAS

TAHANAN DADAH

MAHU TAHU

KHALAS

1 ulasan:

Yeop sepet berkata...

Gamapng betoi,lu kene tahan roadblock aadk kencing positif,belayor la lu.kantoi berkilo2,ada duit leh bayor lepas la lu.arap2 supercop ayob Khan kasik lawan tokan dadah yg besor2.