Jumaat, 11 Mac 2022

BILA KEPALA TAIK DAH KELUAR BARU NAK CARI JAMBAN

 


Pihak berkuasa tak bertindak atas aduan pergerakan tanah, kata penduduk

PENDUDUK di Taman Bukit Permai 2, Ampang berkata mereka sudah membangkitkan kebimbangan mengenai pergerakan tanah kepada pihak berkuasa sebelum ini tetapi tiada tindakan diambil.

Dalam lawatan ke kawasan kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat penduduk semalam, seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Leong memberitahu The Malaysian Insight kematian boleh dielakkan sekiranya pihak berkuasa tempatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengambil serius kebimbangan mereka.

“Pihak berkuasa sangat lambat dalam menjalankan tugas mereka dan kematian boleh dielakkan.

“Beberapa bulan lalu penduduk di sini membuat aduan mengenai pergerakan tanah. Pihak berkuasa datang dan melihat tetapi mereka berkata semuanya baik-baik sahaja.

“Tetapi lihatlah sekarang. Apa yang baik-baik saja?,” kata Leong.

Leong berkata dia tidak bercadang untuk keluar dari rumahnya kerana tidak mempunyai tempat untuk tinggal.

“Saya hanya berdoa agar tidak berlakunya hujan sekali lagi dan memburukkan keadaan,” katanya.

Seorang lagi penduduk Fakhrul Ariffin, 24, berkata dia dan keluarganya menginap di sebuah hotel dan pulang hari ini untuk memeriksa rumah keluarganya itu.

Fakhrul juga berkata dia mengenali jiran yang pernah membuat aduan kepada MPAJ tetapi tiada tindakan diambil.

“Jiran saya memberitahu kami apa yang mereka lakukan dengan MPAJ. Pihak bomba datang dan melihat tetapi mereka mengatakan ia tidak serius jadi mereka pergi,” katanya. 

Fakhrul berkata keluarganya terpaksa berpindah kerana tiada bekalan elektrik dan air sejak 24 jam lalu.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Samuel berkata dia keluar dari rumahnya malam tadi sejurus kejadian tanah runtuh.

Seperti Taman Bukit Permai banyak kawasan perumahan di kawasan Ampang terletak berhampiran lereng bukit.

“Sebaik sahaja kami melihat tanah runtuh kami segera berpindah kerana tidak pasti betapa teruknya ia boleh berlaku.

“Saya bersyukur kerana tidak berlaku sebarang kerosakan pada harta benda saya tetapi saya masih bimbang tanah runtuh boleh berlaku lagi berikutan cuaca hujan,” katanya.

Samuel pulang ke rumahnya hari ini untuk memindahkan beberapa barang ke rumah saudara di Shah Alam.

Apa yang menimbulkan kemarahannya ialah kekurangan maklumat atau sebarang amaran mengenai kemungkinan tanah runtuh memandangkan hujan setiap hari sebelum tanah runtuh dan terutamanya selepas banjir kilat yang melanda pusat bandar Kuala Lumpur dan kawasan terpencil pada Isnin.

“Saya terkejut mereka tidak mengeluarkan sebarang amaran awal kerana musim hujan dan kemungkinan tanah runtuh sangat tinggi,” katanya.

Tanah runtuh di Taman Bukit Permah 2 berlaku pada 5.54 petang semalam dan meragut empat nyawa. Seorang turut cedera selain 15 rumah dan 10 kenderaan mengalami kerosakan.

Polis berkata mangsa yang maut ialah A. Mahendra, 36, E. Ramasamy, 58, Mohd Saifullah Ridzuan Ishak, 34 dan Chong Siew Kim, 85.

Maklum balas segera Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ialah memperuntukkan RM1 juta kepada MPAJ untuk kerja pembersihan yang akan dimulakan sebaik kawasan itu diisytiharkan selamat.

Awal hari ini The Star melaporkan sebanyak 48 rumah di kawasan terjejas diarah dipindahkan. 

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata Jabatan Kerja Raya dan Institut Kerja Raya Malaysia akan menjalankan kajian tanah dalam tempoh tiga hingga lima hari akan datang. – 11 Mac, 2022.

KEPALA TAIK

DAH TERSOMBOL

BARU NAK

CARI JAMBAN

KAH KAH KAH

PERUT DAH

BUNTING BARU

NAK PAKAI

KONDOM

KAH KAH KAH

SIKAP PEGAWAI

KERAJAAN

SIKAP AHLI 

MAJLIS SELALU

MEMBAWA BALA

AMIN

TAPI BILA NAK

BUAT HIGHWAY

CEPAT BERTINDAK

BAWA PETA

AMIN

BILA PEMAJU 

NAK AMBIL TANAH

DENGAN SEGERA

HALAU PENDUDUK

AMIN

INILAH YANG

PERLU  DISELIDIKI

PUNCA  SEBAB

KEMALANGAN

BUKAN NAK 

CARI SAPA SLAH

TAPI NAK ELAK 

JANGAN 

BERLAKU LAGI

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita ada sistem PENTADBIRAN yang korup, ITU saja masalah negara ini, semua Boleh know Tim, semua Boleh Kalau ada pelaris, pelaris pakai Gris pekat lendir Wang ringgit nak cuti nak hadiah cakap saja beres kah kah kah, lagi satu majority tak ada intergriti, sebab boleh cuci dosa, boleh hantuk kepala settle semua dosa, maka dosa berulang ulang, nak projek kena kow Tim Munke dulu, selepas ITU baru lah barisan garisan atas sampai bawah kah kah kah ada aduan pun buat pekak buta bisu budaya satu Malaysia amin kah kah kah tak boleh ubah perangai orang Kita diasuh dibelai disusu ngan rasuah setiap hari kah kah kah

Nazrio berkata...

betuL Laa Sir shahnom Ahmad cakap daLam SHiT... atoK pun terasa...dia perasan dia Laa kepaLa taiK d maLaysia ni..kesiyan tun 100 tahun dah umurnya

Tanpa Nama berkata...

Kepala taik minat kuasa untung politik sejak PRU lepas, kepala taik tarak masa mahu fikir pasal rakyat, buang masa tarak untung fikir hal rakyat, kepala taik mahu untung mahu projek mahu kes mahkamah settle semua, jalan rosak, banjir, tanah runtuh, tebang balak semua tak kisah, asal ada masuk komisen, semua projek ON, kah kah kah masalah nya kepala taik masih sokong sokong sokong, betapa daif minda rakyat ini??? Letih letih letih penyamun perompak yang sudah kenal masih sokong, masih masih mahu jadi Kepala Taik lagi, misi berjaya di Johor nanti kah kah kah