Jumaat, 11 Mac 2022

TANAH MULA RUNTUH RANTAH


AL-FATIHAH 

Mangsa keempat dan kelima ditemukan, disahkan meninggal dunia, kata polis

MANGSA keempat dan kelima tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang, di Kuala Lumpur, ditemukan dan disahkan meninggal dunia.

Kedua-kedua lelaki itu merupakan korban ketiga dan keempat dalam insiden tanah runtuh. Sebelum itu seorang wanita warga emas dan seorang lelaki turut maut manakala seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata kedua-dua mangsa merupakan lelaki warga tempatan dengan seorang daripada mangsa merupakan pekerja Syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

Beliau berkata mangsa keempat ditemukan pada pukul 12.46 tengah malam manakala mangsa kelima dijumpai pada pukul 1.59 awal pagi ini.

Identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenal pasti, katanya.


Mangsa kedua tanah runtuh Ampang disahkan meninggal dunia, kata polis

POLIS mengesahkan mangsa kedua wanita warga emas yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai di Ampang, meninggal dunia malam ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohamad Farouk Eshak berkata warga tempatan berusia 80-an itu berjaya dikeluarkan pasukan mencari dan menyelamat pada 9.15 malam tadi.

Beliau berkata mayat wanita itu ditemukan di dalam rumahnya dan telah dibawa ke Hospital Ampang untuk dibedah siasat.

Mohamad Farouk berkata wanita itu dipercayai isteri kepada mangsa pertama berusia 84 tahun yang terselamat dan cedera ringan dalam kejadian tersebut.

“Ketika ini, tiga lagi mangsa lelaki dikhuatiri tertimbus dengan seorang daripada mereka merupakan pekerja Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.

“Selain itu, kesemua penduduk di taman berkenaan kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Taman Mega Jaya, sebagai langkah keselamatan,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam ini.

Mohamad Farouk berkata penduduk boleh memilih sama ada menginap di PPS, hotel atau rumah ahli keluarga yang lain.

Katanya, setakat ini terdapat 15 rumah yang terjejas dan hanya dua rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh itu.

“Setakat ini, belum dapat dipastikan sama ada kawasan ini benar-benar selamat atau sebaliknya. Kerja-kerja penilaian (tanah) sedang dijalankan pihak Jabatan Kerja Raya,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa akan diteruskan malam ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis pula berkata setakat ini pihaknya sedang meneliti pergerakan tanah.

“Bomba bersama pejabat daerah akan memantau pergerakan tanah jika terdapat runtuhan lagi namun ia bergantung kepada faktor cuaca,” katanya.

Sementara itu, mangsa ketiga insiden tanah runtuh itu berjaya dibawa keluar pada kira-kira pukul 11 malam dan disahkan telah meninggal dunia. – Bernama, 10 Mac, 2022.




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Enche' TT, bala mendatang ketika negara berdepan pelbagai masalah, C19, ayam-ayam togeh bercakaran politik, penyamun perompak berusaha melepaskan diri, PM atas nama tak berkemampuan, wal retard berfatwa bukan-bukan berlagak bagai zoologist dll.
Akan tersiarlah' pakar-pakar analysis memberi pandangan komen tang punca malapetaka dan penyelesaian.... tapi akhirnya bila keadaan sudah baik sedikit.. semua tu lupa... masing-masing yang berkenaan mungkin dah dapat habuan atau bayaran menonjolkan hidung panjang dan tinggi mereka...
Itu la tanah airku Mesia Bokehland... :( :( :(

Tanpa Nama berkata...

Yg nk ucap alfatihah ni warga melayu ko.. wargo cino ko atau wargo koling...!?

kompius nihh kah kah kah


khalas...