Sabtu, 5 Mac 2022

MATI KERANA SUNTIKAN ?

 



Ibu bapa dakwa KKM cuba nafikan anak meninggal dunia akibat vaksin Covid-19

IBU bapa kepada N.Revnesh Kumar, 13, yang meninggal dunia secara mengejut pada 16 Januari beberapa minggu selepas mengambil dos pertama vaksin Covid-19 tidak berpuas hati dengan hasil pertemuan yang diadakan semalam bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Walaupun mendapat maklumat mengenai perkembangan terbaharu dalam siasatan dan kementerian komited untuk mengenal pasti punca kematiannya Vijayarani Govindan, ibu kepada remaja berkenaan berkata pegawai dalam mesyuarat itu mencuba sedaya upaya untuk mengelak kemungkinan anaknya meninggal dunia kerana vaksin Covid-19.

“Cara mereka cuba menjelaskan kematian anak saya seolah-olah anak saya tidak meninggal dunia akibat vaksin tetapi atas beberapa sebab lain termasuk alahan atau masalah jantung,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Vijayarani berkata dia juga kecewa dengan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah yang didakwanya memberi mereka dalam pertemuan itu bahawa sebarang tindak balas dari vaksin Covid-19 boleh dilihat dalam 48 jam dan bukan selepas beberapa minggu.

“Noor Hisham dalam mesyuarat itu berkata sekiranya punca kematian disebabkan vaksin maka ia boleh dikenal pasti dalam tempoh 48 jam kerana katanya penerima vaksin akan mendapat reaksi terhadapnya.

“Beliau berkata kematian anak saya adalah 18 hari selepas mengambil vaksin pertama. Jadi beliau mendakwa kita tidak boleh menyalahkan vaksin Covid-19 sebagai punca kematian,” katanya.

Beliau berkata penjelasan Noor Hisham sebenarnya bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Ketua Seksyen Farmakovigilans, Pusat Komplians dan Kawalan Kualiti, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Dr Azuana Ramli.

Dr Azuana sebelum ini memberitahu media bahawa kesan sampingan daripada vaksinasi Covid-19 biasanya berlaku dalam tempoh 30 hari.

“Anda lihat pakar pun bercanggah sesama mereka sendiri. Seorang kata dalam dua hari, seorang lagi kata 30 hari.

“Akhirnya mereka tidak bimbang kerana Revnesh adalah anak saya dan kami yang akhirnya menderita,” katanya.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan ibu bapa remaja berkenaan menuntut pihak berkuasa berkaitan untuk menjelaskan punca kematian anak tunggal mereka.

Vijayarani berkata anaknya Revnesh menerima suntikan pertama Pfizer Covid-19 di Klinik Kesihatan di Presint 8, Putrajaya pada 30 Disember tahun lepas dan dijadualkan menerima dos kedua pada 20 Januari.

Dia dilaporkan rebah di dalam lif blok perumahannya pada 16 Januari ketika dalam perjalanan ke kelas karate dan dikejarkan ke Hospital Kajang sebelum disahkan meninggal dunia.

Punca kematian Revnesh tidak dapat dijelaskan walaupun sudah dibedah siasat.

Dalam mesyuarat semalam Khairy berkata keputusan bedah siasat dan ujian Revnesh termasuk pemeriksaan histologi yang dijalankan akan dibentangkan dan dibincangkan oleh pakar forensik semasa sesi peer review pada Isnin.

Khairy berkata semakan itu adalah untuk memastikan punca sebenar kematian Revnesh.

Beliau juga berkata laporan itu akan diserahkan kepada ibu bapa selepas sesi peer review.

Ujian tambahan ke atas sampel tisu juga akan dihantar ke negara lain untuk ujian lanjut, kata Khairy dalam satu kenyataan semalam selepas mesyuarat.

Vijayarani berkata kementerian seolah-olah cuba menutup punca sebenar kematian anaknya yang dipercayai berpunca dari vaksin Covid-19.

Katanya pakar patologi forensik yang melakukan bedah siasat awal terhadap anaknya tidak menemui sebarang kerosakan atau jangkitan. 

“Nampaknya sepert mereka tidak mempunyai pakar di sini untuk memastikan punca kematian. Sebab itu mereka mahu menghantar sampel tisu ke luar negara. Apabila ditanya negara mana mereka tidak tahu dan tidak dapat memberi jawapan kepada saya kerana mereka berkata kes adalah sangat jarang berlaku.

“Baguslah mereka merancang untuk menghantar sampel ke luar negara tetapi saya rasa ini semua adalah sebahagian daripada taktik penangguhan.

“Jika mereka merancang untuk menghantar ke luar negara saya tidak pasti untuk apa mesyuarat diadakan pada Isnin. 

“Mungkin mereka enggan menerima anak saya yang sihat, yang tidak mempunyai masalah kesihatan lain meninggal dunia akibat vaksin Covid-19,” katanya sambil menambah tidak berpuas hati dengan mesyuarat yang diadakan semalam.

Penyerahan Memorandum

Sementara itu dua kumpulan hak asasi manusia iaitu Persekutuan Hak Asasi Manusia Global (GHRF) dan Malaysia Tamilar Munnetra Kalagam merancang untuk berkumpul di Kementerian Kesihatan pada Rabu bagi menyerahkan memorandum kepada menteri kesihatan.

Presiden GHRF S. Sahshi Kumar berkata memorandum itu berkaitan dengan kematian Revnesh, sekolah memaksa kanak-kanak mengambil vaksin Covid-19 dan kerajaan memaksa pengambilan dos penggalak kepada golongan dewasa yang sihat.

“Sudah lebih 50 hari sejak kematian Revnesh dan kementerian kesihatan gagal untuk mengenal pasti punca kematian remaja berkenaan.

“Juga dalam memorandum yang sama kami akan menggesa kerajaan untuk tidak memaksa pelajar sekolah atau mereka berusia di bawah 18 tahun untuk mengambil vaksin atau suntikan penggalak Covid-19.

“Selain itu kerajaan juga harus menghentikan penguatkuasaan suntikan penggalak kepada orang dewasa yang sihat memandangkan terdapat banyak kes dan aduan kesan sampingan selepas vaksinasi,” katanya.

Terdahulu Vijayarani berkata mereka “ditekan” untuk menyuntik anaknya yang enggan menerima suntikan itu oleh sekolahnya.

Dia berkata guru kelas Revnesh berkata pihak sekolah akan menghalangnya dari memasuki premis itu jika tidak menerima vaksin. – 5 Mac, 2022.

DARI SEGI

HUKUM KANUN

KERAJAAN & KKM

TIDAK BERSALAH

AMIN

INI KERANA

SEBELUM DISUNTIK

TELAH 

TANDA TANGN

BERSETUJU UNTUK

DISUNTIK

AMIN

TANGGUNG JAWAB

DIPIKUL OLEH

YANG KENA SUNTIK

BUKAN YANG

MENYUNTIK

KHALAS

INI CARA KKM

LARI DARI

TANGGUNG JAWAB

AMIN

TAK PAKSA

SUNTIK TAPI

KALAU TAK SUNTIK

TAK BOLEH MASUK

SEKOLAH

AMIN

INI TRIK KERAJAN

TIPU RAKYAT

KHALAS

Tiada ulasan: