Sabtu, 5 Mac 2022

VIRUS WUHAN TERUS MENYERANG

 



33,209 kes baharu Covid-19 semalam

MALAYSIA melaporkan rekod tertinggi baharu sebanyak 33,209 kes baharu Covid-19 semalam, kata Kementerian Kesihatan.

Jumlah itu lebih tinggi berbanding rekod kelmarin sebanyak 32,467 kes baharu.

KKM turut melaporkan 78 kematian disebabkan Covid-19 semalam, dengan 22 daripadanya adalah kes dibawa ke hospital (BID).

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini menjelaskan yang jumlah kematian harian tidak bermaksud ia berlaku dalam sehari tetapi ia meliputi semua kematian disebabkan Covid-19 dilaporkan fasiliti kesihatan dalam tempoh 72 jam.  

Ini bermakna, 78 kematian semalam berlaku dalam tempoh tiga hari.

Data kematian terkini itu menjadikan jumlah korban wabak di Malaysia sejak pandemik tercetus adalah 33,106 orang.

Manakala, jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul kes Covid-19 di negara ini meningkat kepada 3.53 juta kes.

Daripada jumlah kes dilaporkan semalam, hampir 40% direkodkan di Lembah Klang.

Selangor merekodkan jumlah tertinggi dengan 8,897 kes diikuti Kuala Lumpur (4,105) dan Putrajaya (187). 

Negeri lain yang melaporkan kes baharu adalah Kedah (3,060), Pulau Pinang (2,592), Johor (2,359), Sabah (2,131), Negeri Sembilan (1,679), Kelantan (1,572), Perak (1,544), Pahang (1,535), Sarawak (1,333), Terengganu (938), Melaka (741), Perlis (270) dan Labuan (266).

Daripada 78 kematian semalam, Sabah merekodkan kematian tertinggi dengan 15 kes, diikuti Kedah (12) dan negeri yang sedang mengadakan pilihan raya, Johor dengan 11 kematian.

Terdapat 10 kematian dilaporkan di Selangor, Pulau Pinang (8), Perak (6), Pahang (4), Terengganu (3), masing-masing dua kes di Negeri Sembilan, Sarawak, Kuala Lumpur dan satu kes di Kelantan, Melaka dan Perlis.

Tiada kematian Covid-19 direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Daripada 22 kes BID, sembilan berlaku di Sabah, Pahang (3), Selangor (2) dan masing-masing satu kes di Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Kadar kematian semasa kekal 0.2% dan jumlah kumulatif kadar kematian pula sebanyak 0.9%. – 5 Mac, 2022.

VIRUS WUHAN

INI TERUS

MENYERANG

AMIN

TEPAT SEPERTI

YANG DIRAMAL

BULAN MARCH

AKAN MELEDAK

AMIN

KITA JAGA KITA

IKUT C.U.H

CARA UNTUK HIDUP

KHALAS 

AMIN

Tiada ulasan: