Rabu, 2 Mac 2022

PRN JOHOR - PROJEK KLUSTER MAHKAMAH

 


Menang, atau kalah di Johor BN tetap desak PRU15 awal, kata Mohamad

BARISAN Nasional (BN) tetap akan mendesak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) disegerakan tanpa mengira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata timbalan pengerusinya Mohamad Hasan.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berkata, asas desakan BN bukan kerana tamak sebaliknya mahukan pentadbiran kerajaan yang stabil.

“Tak kisah menang besar ke tidak, kalau kalah pun kita nak juga desak (pilihan raya umum segera).

“Kita nakkan pilihan raya umum dan PRN seperti di Johor bukan kerana tamak kuasa, bukan kerana nak menganggu gugat tetapi kita nak kembalikan kestabilan kepada negara, kestabilan kepada negeri Johor ini.

“Kerana kestabilan punca utama, bila ada kestabilan politik keyakinan rakyat ada, negara boleh terus beri keutamaan dan pemimpin-pemimpin boleh fokus kepada program mensejahtera dan membangunkan negara,” kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bertemu jentera BN di Machap, hari ini.

Mohamad berkata, walaupun BN terus mendesak diadakan PRU15, gabungan itu juga tidak menerima kelebihan sekiranya ia berlaku.

Malah ketika ini, kerajaan katanya hanya diselamatkan melalui perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembangkang.

“Waima kalau PRU15 Pakatan Harapan menang majoriti tak apa lah, tidak semestinya kita minta pilihan raya kita menang.

“Siapa pun menjadi kerajaan tetapi kerajaan mesti kerajaan yang stabil, boleh urus negara dengan baik, kalau macam sekarang ini, untung kita ada MoU dengan pembangkang,” katanya.

Sementara itu, mengenai PRN Johor, Mohamad berkata, semua parti politik berhadapan suasana baharu melalui penyertaan pengundi yang didaftarkan secara automatik, dan sikap mereka sukar dijangka.

Pihaknya juga tidak boleh menjangkakan keputusan PRN Johor akan memihak kepada BN, seperti di PRN Melaka sebelum ini.

“Kita berhadapan dengan pengundi baharu yang kita tak boleh nak jangka sikap mereka, pengundi baharu kita tak pernah kaji sikap dia… bukan Umno sahaja parti lain begitu juga berhadapan dengan pengundi yang kita belum pernah tahu. Mereka ini pertama kali mengundi jadi tak dapat nak jangka.

“Macam Melaka tiga hari selepas penamaan calon saya boleh kata dah, saya kata 18 kerusi kita menang, boleh jangka, tapi di Johor saya belum lagi dapat rasakan,” kata Mohamad.

Bagi PRN kali ini, selain penyertaan lebih 700,000 pengundi baharu yang didaftarkan secara automatik, parti-parti politik baharu turut bertanding.

Antara parti politik yang baru tertubuh dan menyertai PRN Johor termasuklah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Parti Bangsa Malaysia (PBM), dan parti diasaskan di Sabah, Parti Warisan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai hari pengundian dengan penamaan calon bermula pada 26 Februari lalu. – 28 Februari, 2022.

JELAS LAGI

SAHIH BENAR

AMIN

GENG KLUSTER

MAHKAMAH BIKIN

KACAU BILAU

AMIN

BUKAN NAK

STABIL TAPI

NAK HURU HARA

AMIN

KLUSTER PENJARA

MAHU PRU 15

SEBELUM NAJIB

MASUK JIL

SEBELUM ZAHID

DIDAPATI BERSALAH

AMIN

INI UNTUK 

MEMASTIKAN

UBAH HUKUMAN

UBAH HAKIM

UBAH SISATAN

UBAH PENDAKWA

AMIN

KITA SEMUA

WAJIB BERSEDIA

KHALAS

Tiada ulasan: