Rabu, 2 Mac 2022

SEMUA TRIK AKAN DIGUNAKAN

 



Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Najib tangguh rayuan berkaitan bukti baharu

MAHKAMAH Persekutuan hari ini menolak permohonan Najib Razak untuk menangguhkan prosiding rayuan berkaitan bukti baharu dalam usahanya untuk mengetepikan sabitan kes melibatkan dana SRC International Sdn Bhd, yang dijadualkan pada 15 dan 16 Mac ini.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang mengesahkan perkara berkenaan berkata permohonan bekas perdana menteri itu supaya tarikh perbicaraan rayuan dilapangkan, ditolak menerusi hantaran e-mel pagi ini.

“Sehubungan itu tarikh pendengaran dikekalkan sebagaimana yang dijadualkan,” katanya kepada Bernama menerusi teks pesanan ringkas WhatsApp.

Dua hari lepas peguam Najib menulis surat kepada mahkamah memohon supaya tarikh pendengaran itu dilapangkan kerana mereka masih mengumpulkan semua nota, bukti, dan dokumen yang berkaitan dengan perbicaraan SRC di Mahkamah Tinggi, bagi menyediakan hujah bertulis sebagai tambahan bukti untuk rayuan.

Pada 7 Disember 2021, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi rayuannya dengan memutuskan bahawa Najib gagal memenuhi Seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman secara kumulatif bahawa bukti baharu diperlukan untuk keadilan dalam kes itu.

Pada hari berikutnya mahkamah sama mengekalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC.

Hakim Abdul Karim Abdul Jalil, yang mengetuai panel tiga hakim terdiri daripada Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera, menolak rayuan Najib terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Najib kemudiannya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Persekutuan. – Bernama, 2 Mac, 2022.

SEMUA TRIK

DALAM BUKU

AKAN DIGUNAKAN

UNTUK LAMBATKAN

MASUK PENJARA

AMIN

BUKTI BARU

NAK PANGGIL

PENGUAM QUEEN

KENA KOBID

ANAK BUNTING

SAKIT GIGI

DEMAM KEPIALU

CERET BERET

APA LAGI ???

KAH KAH KAH 

HILANG KASUT

LUPA TARIKH

PEGUAM DEMAM

PEGUAM TERKINCIT

PEGUAM TERPANCUT

KAH KAH KAH

APA LAGI ?

ADA LAGI

MESTI ADA

KAH KAH KAH

BULAN PUASA

NAK GI UMRAH

BINI BUNTING

OPPS... BINI MANA

BUNTING...

BIK MAMA KE ?

KAH KAH KAH

WOIT 

NAJIB ADA BINI

MUDA KE ?

KAH KAH KAH

Tiada ulasan: