Ahad, 20 Mac 2022

RAKYAT KECEWA

 


Saya dan Najib tidak akan jadi calon PM, kata Zahid

PRESIDEN Umno Ahmad Zahid Hamidi memutuskan dirinya dan pendahulu Najib Razak tidak akan dinamakan sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bossku dan saya menerima hakikat ia bukan nasib kami, kerana ‘rezeki’ tidak pernah salah alamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Umno 2021.

Najib boleh dilihat mengangguk setuju.

Zahid kemudian berkata timbalan presiden Umno Mohamad Hasan mungkin mempunyai nasib yang lebih baik.

“Saya rasa Tok Mat (Mohamad Hasan) ada rezeki… tapi mungkin selepas PRU16. Pada masa itu, ia tidak akan salah.

“Tetapi kalau rezeki Tok Mat selepas PRU15, itu tidak salah alamat juga,” kata Zahid.

Zahid, yang pernah menjadi timbalan perdana menteri ketika di bawah pentadbiran Najib, kemudian berpaling kepada Mohamad dan berkata beliau perlu menunggu.

“Apa yang pasti Bossku dan saya telah menerimanya (bahawa kami tidak akan menjadi perdana menteri),” katanya.

Terdahulu beliau memberitahu perwakilan bahawa Umno bertuah kerana perdana menteri sekarang, Ismail Sabri Yaakob adalah daripada parti itu walaupun Umno-Barisan Nasional kehilangan kuasa di peringkat Persekutuan pada pilihan raya umum 2018.

“Tetapi jangan dengki Ismail Sabri Yaakob, saya tidak pernah cemburu kepadanya kerana saya pernah mencadangkan namanya.

“Tanya 43 Ahli Parlimen BN. Kepada ahli majlis tertinggi, saya katakan hanya satu nama sahaja yang akan dicadangkan iaitu Ismail Sabri.”

Sementara itu, pada sidang media kemudiannya, Zahid enggan mengesahkan sama ada Ismail Sabri akan menjadi calon perdana menteri BN sekali lagi.

“Kita ada ramai calon. Seperti di Johor, wajah poster kami ialah Hasni Mohammad tetapi anda semua tahu hasilnya.

“Saya tidak fikir kita akan mempromosikan wajah poster untuk PRU15 sekarang kerana Yang di-Pertuan Agong akan menentukan nanti.

“Kami tidak boleh membincangkan perkara ini dengan media,” kata Zahid. – 19 Mac, 2022.

RAKYAT RASA

KECEWA BESAR

AMIN

NAJIB TAK JADI

PERDANA MENTERI

AMIN 

INI SILAP BESAR

KERANA NAJIB

PEMIMPIN ISLAM

YANG WARAK

YANG JUJUR

YANG HANTUK

KEPALA PADA

BATU ITAM

KAH KAH KAH

MANA ADA 

PEMIMPIN DUNIA

YANG BERI SALAAM

PADA KUBUR

KAH KAH KAH

NAJIB WAJIB

TERUS SEKALI

LAGI JADI PM

KERANA RAKYAT

TERUS RINDUKAN

ROSMAH MANSOR

KAH KAH KAH

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Tak salah alamat ..87 kes ..kompom alamat Si Totok ni di Jil Sungai Buloh ..