Selasa, 5 April 2022

BUNTING DAH BERANAK

 

Kes Ebit Lew masih disiasat, kata polis

POLIS masih menyiasat satu lagi kes dakwaan gangguan seksual melibatkan pendakwah Ebit Lew selain kes yang sudah didakwa di Tenom, Sabah pada Februari lepas, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan.

Kes yang sedang disiasat itu tiada kaitan dengan kes yang sudah didakwa, katanya.

“Laporan kes ini sudah lama diterima, bukan baru. Siasatan sedang dijalankan.

“Kami perlu lengkapkan siasatan dan saksi juga sedang dikesan,” katanya kepada The Malaysian Insight.


Kertas siasatan itu apabila lengkap akan dirujuk kepada bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara untuk arahan selanjutnya, tambah Jalil.

Pada 19 Ogos tahun lepas, Ebit dipanggil ke Bukit Aman untuk dirakam keterangan berhubung siasatan kes gangguan seksual yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11).

Beliau yang ditemui media kemudian berkata dakwaan gangguan seksual melibatkan dirinya adalah fitnah melampau dan beliau memaafkan mereka yang memfitnahnya.

Ebit, 37, diambil keterangannya selepas pihak polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual.

Jalil juga pada masa itu mengesahkan polis ke rumah Ebit untuk pemeriksaan bagi melengkapkan siasatan.

Polis juga sudah merakamkan keterangan beberapa saksi, kata Jalil seperti dipetik media pada 24 Ogos.

Pada 18 Februari lalu, Ebit mengaku tidak bersalah terhadap 11 pertuduhan gangguan seksual yang dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya.

Beliau didakwa menghantar gambar dan perkataan lucah melalui aplikasi WhatsApp kepada seorang wanita dengan maksud mengaibkan. Kesalahan didakwa berlaku di Tenom antara Mac hingga Jun 2021.

Majistret Nur Asyraf Zolhani menetapkan 20 hingga 23 April ini untuk penyerahan dokumen manakala kes secara tentatif akan dibicara pada Jun. – 5 April, 2022.


WOIT

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

AMIN

KALAU BUNTING

DAH BERANAK

KAH KAH KAH

SISAT JANGAN

TAK SIASAT

AMIN

LAMA TAK PA

TAPI JANGAN LAMA

NAK BAGI LUPA

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: