Selasa, 5 April 2022

PAKATAN BUKA CERITA BARU

 




Pakatan perlu strategi baharu hadapi PRU15, kata Loke

PAKATAN Harapan (PH) perlu mencipta semula strategi kempennya untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, memfokuskan kepada menyediakan masa depan lebih baik kepada rakyat Malaysia dan negara, serta membawa perubahan, kata Anthony Loke.

Bekas menteri pengangkutan itu berkata PH perlu menawarkan sesuatu yang segar dalam strategi pilihan raya mereka kepada masyarakat.

Beliau berkata fokus perlu diberikan kepada cara yang akan mereka lakukan dalam mentadbir negara jika PH menang PRU, dan kaedah membawa negara ini maju dalam era pasca pandemik Covid-19.

Loke berkata rakyat lebih berminat dengan apa yang parti politik boleh lakukan untuk mereka dan bagaimana beban mereka dapat diringankan.

“Fokus perlu diberikan kepada bagaimana kita mahu mentadbir negara dan membawa negara ini maju ke depan terutama pada era pasca pandemik, bagaimana menyatukan rakyat, dan apa wawasan kita dalam mencipta persekitaran ekonomi lebih baik untuk rakyat biasa.

“Apa yang rakyat henda dengar ialah apa parti boleh buat untuk mereka dan apa wasasan kita untuk mewujudkan masyarakat lebih baik.

“Pengundi mahu dengar wawasan kita dan pendekatan serta cara kita membantu mereka dan negara ini untuk keluar daripada krisis semasa, keluar dari pandemik dan bagaimana kita menangani isu inflasi, kos sara hidup, mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan sebagainya.

“Di hujungnya, asas bagi setiap pilihan raya adalah isu harian dan kehidupan. Itu yang kita perlu lakukan,” katanya yang juga ahli Parlimen Seremban kepada The Malaysian Insight.

Bagaimanapun, setiausaha agung DAP yang baru saja dipilih itu berkata mereka masih perlu untuk mengingatkan orang ramai tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak.

Beliau berkata perubahan perlu dilakukan bagi mengelak berulangnya skandal mega seperti 1MDB.

“Sudah tentu kita perlu ingatkan orang ramai tentang skandal rasuah rejim terdahulu dan Barisan Nasional (BN).

“Kita perlu jelaskan kepada masyarakat mengapa penting perubahan dilakukan, kita perlu mengistitusikan perubahan dalam institusi. Ini kerana kita mahu elak berulangnya 1MDB, pengulangan kleptokrasi.

“Semua orang tahun skandal itu. Saya fikir rakyat Malaysia tidak akan lupa gambar ratusan beg tangan berjenama mahal dan jutaan ringgit wang tunai yang dirampas dari kediaman Najib selepas 9 Mei, 2018,” katanya.

1MDB, yang diilhamkan dan diasaskan pada 2009 oleh Najib, kemudiannya menjadi skandal kewangan terbesar di negara ini.

Kerajaan PH membuka siasatan terhadap 1MDB dan pembabitan Najib selepas beliau disingkirkan pada PRU 2018.

Najib berdepan hampir 40 pertuduhan pengubahan wang haram dan rasuah berkaitan 1MDB.

Pada 2020, Najib disabitkan bersalah atas tuduhan rasuah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana menyeleweng kira-kira RM42 juta daripada SRC International, anak syarikat 1MDB, masuk ke akaunnya.

Beliau adalah pemimpin pertama di negara ini yang disabitkan bersalah atas tuduhan kes rasuah.

Rayuannya terhadap sabitan itu masih di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Loke bagaimanapun berkata strategi PH tidak boleh mengenai Najib saja tetapi mendakwa isu besar seperti itu tidak boleh dielakkan.

Daripada sekadar menyerang Najib, Loke berkata orang ramai perlu dididik tentang akibat yang perlu mereka lalui, kesan daripada skandal itu.

“Jika naratif kita hanya belasah isu 1MDB dan tentang Najib saja tanpa bercakap mengenai perubahan, maka saya fikir rakyat akan jemu.

“Jadi, saya fikir kita perlu cipta semula bagaimana cara kita persembahkan mesej ini kepada rakyat.

“Perkara ini perlu komunikasi dan ditonjolkan kepada rakyat dalam cara lebih mudah dan terus, misalnya mengapa 1MDB berlaku dan ia kerana ada banyak kuasa eksekutif berada dalam tangan perdana menteri,” katanya.

Loke berkata PH perlu memegang kuasa untuk membawa segala perubahan ini. – 5 April, 2022.

BAWA CERITA 

BARU

AMIN

RAKYAT NAK

DENGAR

CERITA BARU

AMIN

CERITA NAJIB

CERITA ROSMAH

WAJIB  MASUK

 PENJARA SEKARANG

AMIN

INI SAMBUNGAN

CERITA 1MDB

YANG BELUM TAMAT

AMIN

DIRIKAN  BARISAN

UNITED FRONT BARU

AMIN

LUPAKAN CERITA

I GOT DE NUMBO

AMIN

PAKAT DG SEMUA

PARTI

TAK KIRA KECIL

ATAU BESAR

AMIN

SATU TUJUAN:

HALANG PENCURI

KEMBALI BERKUASA

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham, nak tanya .... stratiji Pakatan Harapan siapa yang atur? Anwar Ibrahim yang atur ke? Anwar dah ada track record atur stratiji dengan bijak ... reformasi, masa PRU 13, Langkah Kajang dll. Patut Anwar yang pimpin, bukan budak DAP ini.

Yeop sepet berkata...

Nasik udah jadik bubur,beras udah jadik tuak. Dah terlambat nak perbetoikan keadaan. The only way utk survival DAP dgn amanah ialah campak Anwar,Anto balik Anwar kt tong taik asal dia. Selagi depa Tak ngaku ini sume salah Anwar,salah depa ikut Anwar,selagi tu Kita xleh betoikan keadaan. Anwar tu makhluk perosak.

Tanpa Nama berkata...

yang bagi laluan puak deme juga... peluang orang bagi di sia2 kan.. nak naik balik denga cerita lama membosankan.. cerita yang tak bosan .. kenapa dulu nuar lari kedutaan turki.. tak lama lepas debat denga sabri cik. gua risau nuar nak debat dengan jibby ni.. gua taku kejap lagi dia kat kedutaan turki sekali lagi.. kah kah kah