Jumaat, 13 Mei 2022

SAPA AKAN JADI PEGUAM ?

 




Pemandu treler direman 4 hari bantu siasatan 

PEMANDU treler yang ditahan bagi membantu siasatan kemalangan maut di KM245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi direman selama empat hari mulai hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Omar Bakhtiar Yaacob berkata reman ke atas pemandu berumur 28 tahun sehingga Ahad ini dibuat untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan polis mendapati pemandu treler itu mempunyai 22 saman.

“Daripada jumlah itu, 21 saman sudah dibayar termasuk lapan saman kesalahan pandu laju,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan itu, lima mangsa yang rentung merupakan pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang juga rakan serumah.

Mereka ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, yang memandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dan Iqbal Hasnun Halimi, 23, yang duduk di bahagian penunpang belakang.

Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku apabila treler yang membawa muatan mozek datang dari arah selatan menghala ke utara sedang memandu di lorong kanan disebabkan lorong kiri laluan dari KM246 hingga 244.4 ditutup bagi penyelenggaraan jalan.

Pada masa sama, kereta jenis Honda City dinaiki kelima-lima pelajar itu sedang mengekori di belakang treler berkenaan dengan memperlahankan kenderaan namun dengan secara tiba-tiba datang treler membawa muatan besi pagar yang memandu dari arah sama di belakang kereta itu tidak sempat membrek dan mengelak lalu merempuh bahagian belakang kenderaan itu.

Treler itu kemudian menyeretnya ke hadapan sehingga melanggar bahagian belakang treler muatan mozek berkenaan. – Bernama, 12 Mei, 2022.

JIKA PEMANDU

INI KAYA

DIA AKAN

LANGGAN PEGUAM

MAHAL

AMIN

MACAM KES

BASIKAL LAJAK

UNTUK BEBAS

DARI KES BUNUH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

keluarga mangsa diharap jangan bagi muka.. takdir itu takdir.. tapi kejadia macam ni perlu diajar mereka2 yang bertanggungjawab... saman pemandu saman syarikat saman plus..