Jumaat, 13 Mei 2022

TAHNIAH - TANGKAP IBRAHIM ALI

 



Jawatankuasa khas setuju hampir semua dasar larangan tukar parti, kata menteri

JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen Bagi Menimbang Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 Mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti mencapai kata sepakat dalam hampir semua perkara dasar mengenai gubalan Rang Undang-undang itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang juga pengerusi jawatankuasa itu berkata kata sepakat dicapai pada mesyuarat semalam yang turut mendapatkan pandangan bertulis daripada badan bukan kerajaan (NGO), kumpulan masyarakat madani (CSO), parti-parti politik dan pakar akademik berkaitan parameter gubalan rang undang-undang (RUU) itu.

”Mesyuarat ini seterusnya akan meneliti pandangan bertulis berkenaan sebelum RUU ini dapat dimuktamadkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, segala prosiding dalam Jawatankuasa Pilihan Khas akan direkodkan dalam satu penyata selaras dengan ketetapan Peraturan Mesyuarat 80(1), sebelum dibentangkan kepada ahlinya untuk mendapat persetujuan, seterusnya dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang dicadang untuk diadakan bulan depan.

Beliau berkata RUU itu akan dibentangkan dan dibahaskan di kedua-dua Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada masa yang akan ditetapkan nanti.

Menurut Wan Junaidi pihak jawatankuasa akan bermesyuarat semula pada 19 Mei ini untuk meneliti draf RUU yang disediakan Jabatan Peguam Negara berpandukan maklum balas diterima melalui semua keputusan dasar dan perincian tafsiran dibuat mesyuarat semalam.

”Selain itu, draf RUU ini juga akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Pemandu Transformasi dan Kestabilan Politik untuk dimaklumkan kepada Jawatankuasa Pemandu tersebut,” katanya.

Beliau berkata mengikut usul yang dibentangkan semasa Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada 11 April lepas, Jawatankuasa Pilihan Khas ini diberi tempoh masa satu bulan untuk menyediakan penyata.

Bagaimanapun beliau berkata jawatankuasa itu boleh melanjutkan tempoh pembentangan penyata kepada Parlimen mengikut usul yang sama bagi memperhalusi draf RUU berkenaan dan Penyata Parlimen.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan meneruskan tugas mengikut mandat diluluskan Parlimen dan diharapkan RUU berkenaan dapat dibentang pada sidang khas Parlimen di bawah Peraturan 11(3) atas budi bicara perdana menteri dan pertimbangan Jemaah Menteri.

“Sehingga kini prestasi jawatankuasa ini adalah sangat menggalakkan dengan sokongan semua ahli termasuk kerjasama daripada Parlimen, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri dan Jabatan Peguam Negara,” katanya. – Bernama, 13 Mei, 2022.

TAHNIAH

LULUSKAN 

AMIN 

HALANG

TANGKAP

 IBRAHIM ALI

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cakap cakap tak guna, buat dulu lulus dulu baru cakap, ini sembang politik, sembang pagi sampai malam tapi tak pancut pancut kah kah kalau masih percaya makna Masih belum cukup Ilmu kah kah