Khamis, 23 Jun 2022

CARA UNTUK MENANG


Pembangkang perlu bersatu elak pertembungan banyak penjuru, kata Dzulkefly

PAKATAN Harapan (PH) mesti memperkukuhkan jentera dan menyusun semula pembangkang jika mahu mengulangi kejayaan pilihan raya pada 2018, kata Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kita mesti menganalisis secara mikro semua 222 kerusi untuk mencari jalan mengelak pertandingan pelbagai penjuru,” kata pemimpin Amanah itu semasa forum dalam talian malam tadi.

“Walaupun tidak semua kerusi harus menjadi pertandingan satu lawan satu, kerana beberapa kerusi hanya boleh dimenangi jika ia ditandingi lebih banyak parti, Pakatan mesti menyusun semula pembangkang jika mahu menang semula.”

Bekas menteri kesihatan itu mengulas strategi PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) selepas kalah teruk dalam tiga pilihan raya negeri di Melaka, Sarawak dan Johor.

Salah satu punca kekalahan itu adalah kerana pertembungan berbilang penjuru antara Barisan Nasional (BN), PH dan Perikatan Nasional (PN).

Walaupun penggal Parlimen sekarang hanya tamat pada 16 Julai 2023, parti politik dan pemerhati menjangkakan PRU15 akan diadakan tahun ini. Menjelang PRU15, beberapa parti sudah mula mengadakan forum dalam talian dan membuat persediaan untuk pilihan raya.

“Kita tidak sepatutnya bercakap mengenai mana-mana khemah sekarang. Apa yang penting kita menyusun semula pembangkang untuk mengelak tewas mudah kepada Barisan Nasional,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor itu.

Terdahulu, Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata pembangkang belum kalah secara total walaupun mengalami kekalahan teruk di Melaka dan Johor.

Pemerhati berkata walaupun BN memenangi 40 daripada 56 kerusi, ia hanya memenangi 43% undi popular dan 36% undi Melayu.

“PH kalah kerusi campuran mereka kepada BN kerana kehilangan undi Melayu. Undi ini bagaimanapun pergi kepada PN.

“Ini bermakna BN belum pulih sepenuhnya dan masih ada ruang untuk PH dan pembangkang mencari formula yang betul.”

Hisomuddin bagaimanapun memberi amaran kepada PH ia perlu memperkukuh jenteranya dan tidak kelihatan berpecah-belah jika mahu memberi sebarang impak pada PRU15.

“Walaupun PN sebuah gabungan baharu, ia berjaya tampil sebagai satu parti. Oleh itu, pengundi mengundi PN dan bukannya Bersatu atau PAS. Tetapi dalam PH, ia masih kelihatan seperti tiga parti berasingan - PKR, DAP dan Amanah,” kata penganalisis politik itu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, yang turut menyertai forum itu berkata PKR mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan pada pilihan raya akan datang selepas Langkah Sheraton.

“Keutamaan kami adalah mempertahankan apa yang kami ada dan kemudian mencari jalan untuk memenangi kembali kerusi yang berpaling tadah,” kata Fahmi.

Beliau berkata, walaupun semua parti terjejas susulan Langkah Sheraton pada 2020, PKR paling menderita kerana kehilangan lebih 10 ahli Parlimen akibat pembelotan dan peletakan jawatan.

“Oleh itu, kita perlu mencari jalan untuk mengekalkan apa yang kita ada dan kemudian keluar dan melihat bagaimana untuk memenangi semula Gombak, Ampang, Batu Pahat, Tebrau dan lain-lain.”

Forum itu dikendalikan oleh Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah Asmaaliff Abdul Adam. – 23 Jun, 2022.

TAK PERLU GI

OXFORD 

TAK PERLU GI YALE

AMIN

KALAU NAK MENANG

KURANGKAN MUSUH

BANYAKKAN KAWAN

KHALAS

DIRIKAN SATU

KHEMAH BESAR

TUBUHKAN

UNITED FRONT

AMIN

KEMUDIAN BAWA

RAKYAT RAMAI2

 KE JALAN RAYA

AMIN

TAKDA JALAN RAYA

TAK MENANG

PILIHAN RAYA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

MUSUH TT berkata...

Dah menang bagi kat mamak EEEEEE, bXXi…

Semua kena tipu, dgn TT pun sama… mangkuok hayun

kerja ngutuk mat nuar… lepastu kata jangan tambah musuh.

tak perlu pergi oxford.. konon

MUSUH TT … hahaha