Jumaat, 24 Jun 2022

INSAN BERHATI MULIA


Kafe di Melaka sedia sarapan pagi RM1 bantu warga emas, miskin

SESUAI dengan namanya, kedai One Dollar Breakfast Tea Shop di Plaza Pandan Malim Business Park di Melaka menjual kebanyakan makanan sarapan cuma pada harga RM1 walau kos bahan mentah sedang melambung.

Pemiliknya, bekas pesakit kanser Gan Poh Cheng berkata, beliau bertahan kerana mahu terus membuat perkara bermakna dengan memberi membantu golongan berpendapatan rendah dan pesara yang sering mengunjungi kedai makannya.

Gan, 55, berkata beliau mengamalkan prinsip untung sedikit tetapi banyak pembeli bagi dapat menampung semua overhednya.

“Dua anak saya yang membantu saya sentiasa ingatkan saya semua harga naik ketika ini, yang memakan margin keuntungan.

“Tetapi saya berkeras. Saya tidak akan naikkan harga lagi,” kata Gan kepada The Malaysian Insight.

Beliau berterima kasih atas sokongan pelanggan yang membolehkannya menjual pada jumlah yang lebih besar.

Nama kafenya, apabila dicari dalam bahasa Mandarin di Internet, mendapat ulasan yang menyebut sebagai “restoran sarapan termurah di Melaka”.

Barangan yang dijual dengan harga RM1 termasuk bubur, nasi lemak, mi goreng, kopi dan milo.

Harga tertinggi pada menu hanya RM5, yang mana seseorang boleh mendapatkan mi dengan telur, mee Hokkien goreng dan nasi goreng.

Gan baru-baru ini memperkenalkan burger babi pada harga RM3.50 sahaja.

“Inflasi sudah pasti menambah cabaran kepada operasi kedai tetapi mujurlah, berkat sokongan padu pelanggan, saya boleh jual banyak dan masih dapat tampung kos, termasuk gaji pekerja.

“Buat masa ini, saya tidak berniat untuk naikkan harga.”

Masa sukar sebenarnya telah menarik lebih ramai orang untuk bersarapan di kedai Gan.

Ini termasuk keluarga besar yang ingin makan di luar tetapi mahu berjimat.

“Untuk harga yang rendah, sebuah keluarga boleh bersarapan penuh dan tidak terlalu terasa,” kata Gan.

Beliau berasa sangat gembira melihat warga emas, terutamanya pesara, dan pelanggan yang kurang berkemampuan menikmati hidangan.

“Ramai pelanggan saya warga emas. Mereka datang ke sini setiap hari. Saya gembira melihat mereka berpuas hati dengan makanan dan harganya.”

Gan terpaksa membuat beberapa perubahan untuk menguruskan kos yang semakin meningkat. Sebelum pelanggan boleh menghidangkan sendiri nasi goreng atau mee goreng dari barisan bufet dengan hanya RM1, beliau kini mempunyai pekerja yang menyediakan makanan yang terkawal.

Sebelum menceburi bidang makanan dan minuman, Gan bekerja dalam industri insurans selama hampir 10 tahun. Selepas berjaya melawan kanser beberapa tahun lepas, beliau berkata pandangan hidupnya berubah dan memutuskan untuk meninggalkan perniagaan insuransnya.

Beliau membuka kedai makan sarapan RM1 pada 2017.

“Saya rasa selepas wang, apa lagi yang patut dikejar dalam hidup?

“Apa yang saya buat sekarang cuma perkara kecil, menjual makanan dan tidak kaut untung banyak tetapi selagi pelanggan suka dan kenyang, itu sudah cukup puaskan saya.”

Gan memberi jaminan walaupun harganya murah, penyediaannya rapi, bersih dan teliti. Beliau secara peribadi memilih bahan-bahan dan memikirkan kesihatan pelanggannya.

“Saya rasa inilah sebabnya pelanggan tetap saya datang setiap hari, terutamanya warga emas. Ramai daripada mereka berpendapatan rendah, atau tiada langsung dan bergantung harap kepada anak mereka untuk mendapatkan elaun.”

Gan, yang percaya dengan membantu orang lain akan membawa kebahagiaan sebenar, turut bekerjasama dengan kumpulan amal setiap bulan bagi menyediakan kotak makan tengah hari yang diberikan kepada kumpulan yang kurang bernasib baik.

“Saya buat dua kali sebulan. Masih ramai yang perlukan bantuan. Beberapa pelanggan tetap saya, tahu yang saya sediakan kotak makan tengah hari untuk amal. Mereka juga akan menderma wang untuk membantu. Saya sangat bersyukur.” – 24 Jun, 2022.


INI CONTOH

INSAN BERHATI

BERHATI MULIA

AMIN

KITA WAJIB

SOKONG

AMIN

KENAPA NAJIB

 ADA BERBILON

DUIT CURI

TAK BUAT 

KEBAJIKAN

AMIN

KENAPA 

TENGKU FRAUD

DG BERJUTA DUIT

RASUAH TAK

BERBUAT MACAM

PAK CIK  GAN

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: