Jumaat, 24 Jun 2022

NUR JAZLAN BERCAKAP JUJUR


Nur Jazlan main sandiwara populis serang PM secara terbuka – Amin

KUALA LUMPUR – Serangan terbuka Nur Jazlan Mohamed terhadap kepimpinan  Ismail Sabri Yaakob dengan melabelkannya sebagai Perdana Menteri paling lemah dilihat satu sandiwara populis dan mementingkan diri sendiri.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor berkata, sebagai bekas menteri, Nur Jazlan sepatutnya memberi pandangan konstruktif membantu rakyat bukan kenyataan berbaur hasutan. 

“Ketika kerajaan giat membantu rakyat adalah amat tidak cantik apabila timbul satu kenyataan oleh bekas menteri Kabinet serta berpengalaman yang seakan cuba mengambil kesempatan kepada keberuntungan sendiri.

“Ada masanya kita boleh berpolitik tetapi lebih masanya kita perlu memartabatkan keharmonian untuk mentadbir negara dengan lebih yang baik demi keberuntungan kepada rakyat,” katanya dalam hantaran terbaru di Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Nur Jazlan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor menyifatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah negara susulan kelewatan membuat keputusan mengenai jawatan Zuraida Kamaruddin dalam Kabinet.



LAWAN JANGAN

TAK LAWAN

AMIN

TIBAI JANGAN

TAK TIBAI

AMIN

SEPAK JANGAN

TAK SEPAK

AMIN

GEMBIRAKAN

HATI ORANG

RAMAI  YANG

SUSAH HARGA

AYAM NAIK

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: