Ahad, 12 Jun 2022

KAPITALIS DIDAHULUKAN



Putrajaya kena sebelahi penduduk Kampung Sungai Baru, kata Khalid Samad

PUTRAJAYA tidak boleh mengenakan tindakan undang-undang untuk mengambil alih tanah penduduk Kampung Sungai Baru di Kuala Lumpur bagi projek pembangunan, kata bekas menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad.

Khalid pada sidang media pagi tadi berkata, menggunakan Akta Pengambilan Tanah bermakna Putrajaya hanya berpihak kepada pemaju serta tidak adil kepada penduduk.

Beliau mengulas rundingan antara penduduk Kampung Sungai Baru dan Perbadanan Pembangunan Kampung Bharu (PKB) yang masih tiada penyelesaian.

“Pertama sekali, kerajaan tidak boleh menggunakan Akta Pengambilan Tanah ke atas penduduk Kampung Sungai Baru kerana itu tidak adil memandangkan rundingan masih berjalan.


“Masalahnya sekarang ialah pemaju tak mahu beri pampasan berpatutan kepada penduduk, ” katanya.

Lagipun, penduduk Kampung Sungai Baru masih bersedia untuk meneruskan rundingan, tambah pengarah komunikasi Amanah itu.

Jelasnya, penduduk hanya menuntut bayaran pampasan yang munasabah.

“Tindakan kerajaan mengambil tindakan undang-undang bermakna ia memihak kepada pemaju yang mendapat manfaat besar daripada projek.

“Kerajaan tak boleh menyebelahi pemaju kerana ini projek swasta, bukan projek kerajaan. Jadi Putrajaya kena tegas dalam hal ini,” ujarnya.

April lalu, penduduk Kampung Sungai Baru merayu kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk membatalkan warta yang membenarkan pemaju mengambil tanah mereka tanpa bayaran pampasan yang adil.

Dalam sidang media pada 16 April lalu, Khalid berkata tawaran pemaju kepada pemilik rumah pangsa dan rumah teres di kampung itu tidak masuk akal. 

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan pemilik rumah flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Kampung Sungai Baru enggan berpindah walaupun telah diberi notis pengusiran.

Seramai 38 pemilik menuntut pampasan lebih tinggi daripada tawaran RM250,000 dari pemaju yang sudah mengambil alih tanah berkenaan.

Mereka yang menolak arahan notis itu berkata akan terus memperjuangkan pampasan lebih tinggi daripada yang ditawarkan.

Penduduk berkata tiada kediaman yang mampu dibeli dengan nilai RM250,000 di sekitar Kuala Lumpur. – 12 Jun, 2022.     

INI WATAK

SISTEM KAPITALIS

PEMODAL PEMAJU

DI DAHULUKAN

BUKAN RAKYAT

AMIN

RAKYAT MELAYU

PEMAJU CHINA

YANG MISKIN 

MELAYU

YANG KAYA 

CHINA

AMIN

INI BUKAN

PERKAUMAN

INI KELAS

AMIN

YANG KAYA

TINDAS YANG

MISKIN

YANG KAYA

 RAMPAS 

HAK YANG 

MISKIN

AMIN

WAJIB KITA

KELUAR DARI

PANDANGAN

KAUM

AMIN

ANALISA DARI

SUDUT KAYA

MISKIN

AMIN

INI PEJUANGAN

KELAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: