Ahad, 12 Jun 2022

HUKUMAN MATI


Kumpulan peguam gesa Putrajaya mansuh terus hukuman mati

HUKUMAN mati patut dimansuhkan sama sekali kerana ia tidak berkesan untuk mencegah jenayah berat, kata Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL).

Ketua Penyelaras LFL Zaid Malek berkata setakat ini tiada satu pun kajian kuantitatif yang dijalankan di seluruh dunia menunjukkan hukuman mati berjaya mengekang atau mengurangkan kesalahan berat yang mesti dihukum dengan hukuman itu.

Beliau berkata, pemansuhan hukuman mati wajar bagi mengelak ketidakadilan terutamanya terhadap mereka yang ditahan atas kesalahan dadah.

“Keldai dadah yang sering didakwa dan dihukum gantung, manakala ‘raja-raja dadah’ yang menjadi dalang terus bebas,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaid mengulas kenyataan Ketua Pemuda MCA Heng Zhi Li kelmarin, yang mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk memansuhkan hukuman mati mandatori dan digantikan dengan hukuman lain tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Kenyataan Heng itu disifatkannya terkebelakang kerana menyokong ketidakdilan dalam pelaksanaan hukuman.

Kelmarin, kerajaan umum pemansuhan hukuman mati mandatori, dengan hukuman gantian tertakluk kepada budi bicara mahkamah.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata hukuman mati tetap ada, cuma tiada lagi mandatori bagi memberi hakim menggunakan budi bicara masing-masing dalam menjatuhkan hukuman.

“Kita berpandangan setiap manusia perlu diberi peluang kedua, jadi hakim ada dua pilihan kalau dia rasa itu memang penjenayah tegar, mengedar dadah menyebabkan ribuan orang mati, boleh dijatuhkan hukuman mati dan kalau ikut budi bicara hendak beri hukuman seumur hidup dengan sebat sekali, jadi dia boleh pinda hukuman mandatori kepada hukuman lebih ringan,” katanya dipetik media. – 12 Jun, 2022.     

TUJUAN

HUKUMAN

MATI UNTUK

SELESAIKAN

MASALAH DADAH

AMIN

KALAU HUKUMAN

MATI BOLEH

SELESAI MASAALAH

DADAH INI BAIK

AMIN

MAKA KITA BOLEH

GUNA HUKUM MATI

UNTUK PENERIMA

UNTUK PEMBERI

RASUAH

AMIN

BARU BOLEH

SELESAI

MASALAH RASUAH

MACAM KITA

SELESAIKAN

MASALAH DADAH

KHALAS

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Bila ada org org besar kerajaan yg pencen tanam dadah kono chokop ..masa tu lah hookoman gantong sampai mampoos ndak di mansoohkang ..pukimak kau laa ..