Isnin, 13 Jun 2022

KENALKAN HUKUM MATI UNTUK RASUAH


Kenapa belanja sampai RM30 juta ganti tiang lampu, tanya penduduk KL

PERSATUAN penduduk mempersoalkan mengapa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membelanjakan sebanyak RM30.75 juta bagi kerja-kerja penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang.

Mereka menggesa DBKL telus berhubung projek penggantian itu kerana ia melibatkan sejumlah besar wang pembayar cukai.

Pengerusi Save Kuala Lumpur M Ali berkata berkata DBKL sepatutnya memberi keutamaan kepada isu yang lebih mendesak, yang perlu ditangani dengan segera.

“Banjir kilat, kemiskinan, pengangguran dan isu-isu lain, ini yang perlu ditangani dulu, bukan tukar tiang lampu.

“Setiap sen yang dibelanjakan perlu dipersoalkan kerana ini melibatkan duit pembayar cukai, bukannya jatuh dari langit,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Persoalan sama dikemukakan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng kelmarin, serta menuntut DBKL menjelaskan mengenai kos RM30.75 juta bagi kerja-kerja penggantian 200 unit tiang lampu, iaitu bersamaan RM153,750 bagi satu unit.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kontrak kerja kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan operasi dianugerahkan melalui Ennova Sdn Bhd dan bukannya terus daripada DBKL atau kerajaan.

Media baru-baru ini melaporkan DBKL telah memberi kontrak bernilai RM30.75 juta itu kepada Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) melalui Ennova.

DBKL kemudian menafikan laporan yang mendakwa SCIB dilantik untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihaknya.

“DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak bagi melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

“Apa-apa nilai kontrak atau kuantiti yang dinyatakan SCIB adalah di luar pengetahuan DBKL,” katanya dalam kenyataan semalam.

The Malaysian Insight telah menghubungi Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah untuk mendapatkan komen beliau dan masih menunggu jawapan.

Mengulas lanjut isu ini, Ali dari Save Kuala Lumpur membangkitkan persoalan mengapa kontrak itu diberi melalui syarikat perantara.

“Tiang lampu bukannya perkara paling penting sekarang ini. Saya rasa pelik kenapa projek ini diberi keutamaan.

“Ada sesiapa yang ada kepentingan dalam projek inikah? Kita mahu DBKL telus mengenai pemberian tender.

“RM153,000 untuk satu unit tiang lampu memang tak munasabah. Pintar sangatkah lampu ini? Harganya tak masuk akal,” ujarnya, menambah datuk bandar juga perlu telus dan beri penjelasan.

Ali turut menggesa Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim menyiasat perkara ini.

“Mereka semua kena telus dan beri penjelasan tentang kontrak tersebut. Kenapa perlu tukar (tiang lampu). Kena jelaskan.

“Apa yang tak kena dengan tiang lampu yang ada sekarang? DBKL selenggara atau tidak? Bolehkah datuk bandar jelaskan kepada kami apa yang tak kena?” soalnya.

Ali yang juga penasihat Persatuan Penduduk Bukit Bandaraya berkata isu ini perlu diberi perhatian oleh semua ahli Parlimen Kuala Lumpur.

“Mereka (ahli Parlimen) mempunyai tanggungjawab untuk bangkitkan isu ini.”

Gesaan sama turut disuarakan Pengerusi Rukun Tetangga Daerah Brickfields S.K.K Naidu, berkata DBKL sepatutnya melibatkan semua pihak berkepentingan dalam isu yang membabitkan rakyat.

“DBKL sepatutnya panggil ketua masyarakat dan jelaskan apa yang mereka hendak buat. Kami adalah pihak berkepentingan dalam hal ini.

“Mereka mesti telus dan dedahkan kenapa jumlah sebanyak ini (RM30 juta) dibelanjakan. Kenapa kosnya sangat tinggi?” soalnya.

Dalam kenyataan lain semalam, Lim berkata kenyataan balas DBKL hanya mencetus lebih banyak persoalan berkenaan siapa sebenarnya yang membayar RM30.75 juta untuk kontrak 200 tiang lampu tersebut.

“Adakah DBKL menafikan bahawa terdapat kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM30.75 juta untuk penggantian 200 tiang lampu di Lembah Klang?

“Sanggupkah DBKL dan Suruhanjaya Sekuriti akan meminta SCIB, sebuah syarikat tersenarai awam, untuk mendapatkan penjelasan?” soalnya.

Dalam kenyataan balas menafikan penganugerahan kontrak bernilai RM30.75 juta kepada SCIB, DBKL berkata sebanyak 29 syarikat panel yang mempunyai lesen network facilities provider (NFP) telah dilantik secara berperingkat sejak2013 bagi melaksanakan penggantian tiang lampu sedia ada kepada tiang lampu berintegrasi sistem pemancar telekomunikasi (dwifungsi) di sekitar Kuala Lumpur.

“Segala kos penggantian tiang lampu ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat panel tersebut. 

“Tiang lampu dwifungsi tersebut merupakan tiang lampu jalan yang diintegrasikan dengan pemancar telekomunikasi,” kata DBKL.

Tambahnya, rasional pembinaan tiang lampu dwifungsi itu adalah bagi meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Lumpur kepada rangkaian 5G selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyiapkan infrastruktur berkenaan di ibu kota secepat mungkin. 

Ia juga berkata tujuan utama projek itu adalah untuk meningkatkan kualiti dan liputan perkhidmatan komunikasi tanpa wayar seterusnya pengguna di ibu negara dapat menikmati kemudahan perkhidmatan 5G yang terbaik. – 13 Jun, 2022.     

DADAH DILAWAN

 DENGAN HUKUM

GANTUNG MATI

AMIN

MASANYA TELAH

TIBA PEMBERI

PENERIMA RASUAH

DI KENAKAN

HUKUM GANTUNG

AMIN

KITA KURANGKAN

KAKI RASUAH

KITA GANTUNG

ATAU BUNUH

MEREKA

SETIAP HARI

AMIN

MAKIN LAMA

MAKIN SELESAI

MACAM KES

SELUDUP DADAH

 KAH KAH KAH

AMIN

1 ulasan:

mael54 berkata...

Bila aksiden terkena tiang lampu insurance jcuna bayar 5000RM utk satu tiang lampu..ingat harga tu dah mark up.