Isnin, 13 Jun 2022

APA KATA PENG ANAL TENTANG ATUK



Dr Mahathir masih ada pengaruh, kata penganalisis

DI usia 96 tahun, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai pengaruh yang besar dalam arena politik negara berdasarkan pengalamannya, kata pemerhati politik.

Sementara pembangkang menyalahkannya atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) walau pernah bekerjasama dengannya pada 2018, namun mereka mengakui kata-kata bekas perdana menteri dua kali itu masih penting.

Walaupun pengaruhnya mungkin semakin pudar, hakikat yang beliau dapat menambat pengundi Melayu pada pilihan raya umum 2018 bermaksud parti politik masih mahukan inputnya, kata mereka.

Profesor James Chin dari Universiti Tasmania berkata walau dengan kesilapannya, Dr Mahathir masih kekal ikon politik.

“Orang ramai masih dengar apa yang beliau katakan sebab beliau masih ikon politik. Apa sahaja yang beliau buat akan menarik banyak liputan media, sebab itu orang sentiasa bertindak balas terhadapnya,” kata Chin kepada The Malaysian Insight.

“Masalahnya pada kelas politik, mereka sudah beranjak daripadanya. Ada konsensus yang beliau lebih mengganggu politik Malaysia berbanding membantu.

“Sementara beliau menjadikan Malaysia sebuah masyarakat moden, beliau juga banyak melakukan kesilapan.

“Pada asasnya, walaupun anda tidak boleh padam legasinya, cuma akan jadi lebih negatif.”

Dr Mahathir mengetuai pakatan pembangkang untuk menang dalam pilihan raya umum 2018, menggulingkan Barisan Nasional buat kali pertama sejak 60 tahun.

Bagaimanapun, selepas 22 bulan memerintah, PH tumbang kerana Langkah Sheraton.

“Pembangkang puji beliau sebab beliau salah seorang tokoh utama di sebalik perubahan rejim Malaysia, tetapi mereka menyalahkannya atas dua perkara.

“Langkah Sheraton pada 2020, terdapat banyak bukti yang menunjukkan beliau mencetuskan proses itu.

“Perkara kedua yang mereka salahkan adalah beliau tidak bawa pembaharuan selepas menang pada 2018. Beliau pada dasarnya melaksanakan kerajaan Mahathir 2.0, seperti zaman Barisan Nasional atau Umno,” kata Chin.

Adakah Dr Mahathir patut dipersalahkan atas kegagalan PH?

Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa berkata berkata pembangkang asyik menuding jari kerana mereka kecewa dengan Dr Mahathir.

“Saya rasa mereka kecewa sebab harapan dan inisiatif yang mereka mulakan semasa menang pilihan raya lepas gagal apabila Dr Mahathir berundur,” katanya.

“Masalahnya juga terletak pada persoalan siapa yang harus dapat kredit atas kemenangan PH dalam pilihan raya lalu.

“Dr Mahathir sangka parti Melayu Bersatu pimpinannya membantu PH, tetapi komponen PH lain juga mendakwa mereka membantu Bersatu menang pilihan raya.

“Hakikatnya tiada siapa akan menang tanpa saling menyokong antara satu sama lain.”

Pembangkang lebih pentingkan kepada usaha untuk mencipta rekod cemerlang, kata Tunku Mohar.

“Ia tahu apa yang salah, dan ia kini sepatutnya berfungsi untuk menarik semula sokongan daripada pengundi. Kesilapan lampau tidak boleh diletakkan pada satu orang sahaja.”

Sementara itu, penganalisis politik Oh Ei Sun berkata, walaupun parti-parti mahu salahkan Dr Mahathir atas beberapa perkara, tetapi tanpa beliau, mereka tidak akan berpeluang menangi undi Melayu.

“Pada masa ini, beliau mungkin tidak dapat jumlah undi yang banyak untuk parti atau gabungan pembangkang yang beliau bersama.

“Jika beliau benci dan memburuk-burukkan parti atau gabungan tertentu, ia akan kurangkan jumlah undi terutamanya Melayu, yang parti-parti itu tidak dapat tambat pun. Jadi mereka tidak mampu untuk salahkannya sepenuhnya,” kata Oh.

Tanpa Dr Mahathir pada 2018, pembangkang tidak akan dapat menarik pengundi Melayu, kata Oh.

“Memang difahamkan mereka ada fantasi yang jika Dr Mahathir memihak kepada mereka, mereka mungkin boleh kaut sebahaguan kecil undi Melayu yang diharapkan membantu mereka untuk menang beberapa kerusi.”

Parti Dr Mahathir yang berusia dua tahun, Pejuang, telah menunjukkan yang ia akan membentuk pakatan sendiri dalam pilihan raya umum akan datang. – 13 Jun, 2022.

PENG ANAL

KATA ATUK

MASIH ADA

PENGARUH

AMIN

TAPI KALAU

PEJUANG BUAT

SOLO TAK BUAT

UNITED FRONT

ADA PENGARUH

PUN TAKDA GUNA

AMIN

MADEY ANWAR

MUHYIDIN SABU

TONY AFDAL SADIK

SEMUA ADA

PENGARUH

AMIN

KALAU CAMPUR

BARU DAPAT 

HALANG PENCURI

DARI KEMBALI

BERKUASA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peng anal cakap masuk akal juga. Atok masih ada ramai penyokong Melayu, terutama warga emas yang dah berpuluh tahun sokong atok. Masa PRU13, Pakatan Harapan tak akan berjaya menang sebahagian kerusi parlimen kalau tak ada undi dari penyokong atok yang membantu PH dapat lebih 50% undi. Soalan PRU15 ... apakah penyokong atok akan undi Pakatan Harapan kalau Abam diangkat oleh PH jadi calon perdana menteri? Tanpa undi penyokong atok, mampu tak Pakatan Harapan menang PRU15 dan jadi pentadbir lagi sekali? Isham ada pandangan?

yusoferman berkata...

pengaruh dan mempengaruhi perkara beda. Search pun dah jalan tanpa Amy.