Selasa, 14 Jun 2022

SUSUN ATUR KE JALAN RAYA


Penduduk Kelantan tawar hati, tiada air tapi bil kena bayar

RAMAI rakyat Kelantan sudah tawar hati dan tidak lagi percaya kerajaan negeri di bawah pentadbiran PAS dapat menyelesaikan masalah air di negeri itu.

Penduduk negeri ini memberitahu The Malaysian Insight, mereka lebih rela mengeluarkan duit sendiri untuk mendapatkan bekalan air dari menunggu kerajaan negeri menunaikan janji.

Namun tidak semua rakyat Kelantan mampu mengeluarkan duit untuk menggali telaga dan memasang pam air bagi mendapatkan bekalan air.

Golongan yang tidak mampu terpaksa menadah air pada waktu malam atau mendapatkan bekalan di surau dan masjid berdekatan, seperti yang dilakukan penduduk sebuah kampung di Pasir Mas.

Warga kampung Kubang Palas ini mendakwa sudah dua tahun terputus bekalan air, menurut seorang penduduknya, Zakaria Derahman, 67.

Beliau sangat kecewa dan amat terbeban dengan keadaan itu, lebih-lebih lagi kerana terpaksa keluar mencari air setiap hari walau sudah tidak sekuat dulu.

“(Bekalan) air itu ada dalam dua tiga hari. Kadang-kadang keluar sikit tengah malam tapi kita tak boleh guna pun sikit sangat.

“Kemudian air pun kadang-kadang keluar warna hitam, warna air susu (teh susu). Kadang-kadang berlumpur pun ada.

“Dalam dua tahun ini macam inilah keadaannya. Saya sangat kecewa terutama bila kita nak ambil air sembahyang tapi air tak ada. Jadi kena keluar ambil,” katanya.

Pesara itu berkata selalunya beliau akan mengambil air di surau yang berdekatan dengan rumahnya atau menumpang perigi di rumah jiran.

Ujarnya lagi beliau tidak mampu membeli pam air sendiri atau untuk menggali telaga tiub untuk mendapatkan air dari bawah tanah kerana kosnya mahal.

Masalah bekalan air itu antara rungutan utama ke atas pentadbiran PAS di Kelantan walaupun parti itu menguasai negeri pantai timur tersebut sejak lebih 30 tahun.

Sentimen tersebut diperhatikan semakin keras sewaktu tumpuan terarah pada tarikh pilihan raya umum ke-15 yang dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Isu mengenai pentadbiran bahan keperluan tersebut juga menjadi bahan utama kempen Umno untuk merampas kembali negeri itu dari PAS.

Pemimpin PAS juga kini menguasai jawatan utama berkenaan pentadbiran bekalan air seperti timbalan presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man yang kini menteri alam sekitar dan air.

Namun menurut beliau, isu bekalan air di Kelantan hanya dapat diselesaikan dalam tempoh 40 tahun lagi dan memerlukan dana sekitar RM7.3 bilion.

Di lapis bawah pula, seorang lagi penduduknya, Mustafa Awang Besar, kecewa kerana isu bekalan air yang berterusan menjejaskan perniagaan warungnya.

Menurutnya, beliau terpaksa menadah air pada dinihari kerana bekalan air hanya akan diperolehi pada waktu tersebut.

“Sebagai peniaga memang susahlah. Air ada dalam jam 2 atau 3 pagi, tapi kita kena bersedia buka saja paip air. Itu pun air tak banyak.

“Biasanya saya terpaksa simpan dalam tong tadah dulu sebelum (kegunaan) berniaga. Memang terpaksalah,” kata Mustafa, 53.

Peniaga kedai runcit, Mohamed Izwani Ismail, 43, berkata beliau terpaksa membayar bil air setiap bulan walau setitik air pun tidak keluar.

“Tiap bulan bil air kena bayar juga dalam RM5 ke RM6 sebab ada meter air. Cuma bila buka tu keluar angin sahaja. Air tak ada,” katanya.

Kerana keadaan itu dia terpaksa mengeluarkan duit sendiri membuat perigi dan memasang pam air di belakang rumahnya bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan harian.

Ditanya sama ada beliau membuat aduan berhubung perkara itu, Mohamed berkata aduan seperti itu hanya perbuatan sia-sia.

Paling menyayat hati, kes dialami penghuni rumah di Berek 12, Kota Bharu yang hanya mampu melihat rumah dijilat api kerana tiada bekalan air untuk bomba memadamkan kebakaran.

Seorang mangsa, Che Nan Che Jaafar berkata, insiden itu berlaku kurang seminggu sebelum umat Islam menyambut hari raya Aidilfitri.

“Kebetulan pagi itu saya keluar hantar anak bekerja kemudian bila balik (dapat tahu rumah) terbakar. Memang rumah saya habis hangus semuanya, kemudian ada lima lagi rumah yang kena.

“Tapi nasib baik rumah anak saya di depan ini tak kena. Jadi sekarang saya tinggal dengan anaklah,” kata Che Nan, 64.

Dedahnya lagi, operasi menyelamat bomba terhalang kerana tiada bekalan air dan pasukan itu hanya sempat menyelamatkan dua buah rumah sahaja.

“Memang di sini selalu ada gangguan air. Kalau guna pam air yang disambung (ke) tangki barulah (bekalan stabil).

“Tapi pada masa kejadian hari itu, memang tiba-tiba bekalan air terputus jadi hanya selamatkan dua buah rumah,” katanya.

Bagaimanapun warga emas itu berkata beliau tidak dapat memarahi kerajaan negeri kerana masih memerlukan bantuan untuk membina semula rumah baharu.

Kerajaan negeri mengumumkan sembilan projek loji rawatan untuk menaiktaraf bekalan air di Kelantan yang dijalankan sejak 2021.

Antaranya loji rawatan dan pembaikan paip di Bachok kira-kira RM3 juta serta penggantian paip dan naik taraf dua loji berjumlah RM2 juta di Kota Bharu.

Kecekapan projek tersebut bagaimanapun dipersoal NGO Save Kelantan yang melihat loji baharu di Kampung Telok yang hanya mengeluarkan 10 juta liter sehari walau dengan kos RM4.82 juta.

Di peringkat persekutuan, projek mega Empangan Hidroelektrik Nenggiri bernilai RM5 bilion juga dirancang untuk menstabilkan bekalan air di negeri itu. – 14 Jun, 2022.

WOIT

CAKAP PANJANG

TAK GUNA

AMIN

SUSUN ATUR

HASUT BAWA

RAKYAT TURUN

KE JALAN RAYA

AMIN

NAK MENANG

PILIHANRAYA

WAJIB TURUN

KE JALAN RAYA

KHALAS

Tiada ulasan: