Selasa, 14 Jun 2022

NAJIB KENCING ZAHID


Tiada individu lain akan didakwa kes rasuah Zahid, kata SPRM

TIADA individu lain yang akan dituduh di mahkamah dalam kes rasuah melibatkan bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi dan Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB), kata agensi antirasuah.

Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasatan kes berkenaan sudah selesai dan kes UKSB kini dalam tempoh perbicaraan di mahkamah.

Ketua pesuruhjayanya Azam Baki berkata demikian selepas perbicaraan menunjukkan syarikat itu menyalurkan dana kepada Umno Rembau yang dipimpin menteri Kabinet Khairy Jamaluddin.

“Siasatan kes ini sudah pun selesai dan kes juga kini dalam perbicaraan. Mana-mana isu rasuah juga sudah dituduh.

“Jadi bagi saya, setakat ini tiada pihak lagi akan dituduh bagi kes UKSB,” katanya selepas Anugerah Media SPRM, di Putrajaya.

Seorang bekas pengarah UKSB semalam memberitahu mahkamah, syarikatnya menyumbangkan RM50,000 hingga RM200,000 kepada Umno Bahagian Rembau.

Pada waktu itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin merupakan timbalan ketua Umno bahagian terbabit.

Wan Quoris Shah, 42, yang juga ahli Umno mendedahkan wang untuk tujuan bantuan politik, bencana dan aktiviti kemanusiaan itu tidak diserahkan secara terus kepada Khairy.

Khairy antara individu berprofil tinggi yang dikaitkan dalam kes rasuah Presiden Umno Ahmad Zahid yang menjadi timbalan perdana menteri antara 2014 hingga 2018.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku menteri dalam negeri.

Beliau didakwa berbuat demikian bagi melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan Pusat Sehenti (OSC) di China dan Sistem VLN.

Suapan itu juga didakwa untuk mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000, RM3 juta, EURO15,000 dan US$15,000 tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan Country Heights Kajang antara Oktober 2014 dan Mac 2018. – 14 Jun, 2022.

ZAHID KENA

KENCING

AMIN

NAJIB MINTA

AGONG AMPON

AMIN

TINGGAL ZAHID

SORANG

OPS... SAMA

ROSMAH

AMIN

MUSTAHIL AGONG

AKAN AMPON

TIGA EKOR

SEKALI GUS

AMIN

KALAU NI

BERLAKU RAKYAT

AKAN  JADI

REPUBLIKAN

AMIN

SEKARANG

ZAHID HADAPI

PENJARA TANPA

BANTUAN NAJIB

TANPA PEGUAM

BAGINDA QUEEN

AMIN

 NAJIB BELOT

TINGGAL KAWAN

NAJIB JUGA

SAMA JADI KENG

KHALAS

AMIN


Tiada ulasan: