Isnin, 18 Julai 2022

APA MAKNA BERITA INI ?


Anwar yakin Rafizi akan patuh keputusan parti


PRESIDEN PKR Anwar Ibrahim dilihat meredakan ketegangan susulan kenyataan Timbalan Presiden Rafizi Ramli yang dilihat berbeza pendapat dalam soal membuka pintu jalinan bersama parti pembangkang lain.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata perbezaan pendapat yang diutarakan Rafizi adalah lumrah bekas Ahli Parlimen Pandan itu.

“Saya tidak mahu panjangkan isu ini kerana ini Rafizi, kalau dia tidak gunakan suaranya untuk menyinggung sikit-sikit itu bukan dia. Saya harap mudah-mudahan dalam beberapa perbincangan awal kita pujuk dia supaya redakan hal ini dan tumpu menyerang musuh, tumpu perkuatkan parti bila dia sibuk bab itu dia tidak nampak sangat masalah dalaman parti.

“Kerana masalah dalaman boleh bincang, kritik, sanggah, bantah dalam forum dalaman, itu adab jemaah yang konsensus pimpinan,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas selesai hari pertama Kongres Nasional PKR di Shah Alam, petang tadi.

Tambah ahli Parlimen Port Dickson itu yang paling mustahak adalah Rafizi bersama dalam pasukan kepimpinan.

“Kalau dengar tadi proses perwakilan 90% bicara hal sama iaitu mesti ada disiplin dan adab dalam jemaah.

“Tapi ini tidak akan berterusan saya kenal Rafizi saya tahu dia pun ada sikap yang positif dia tahu fokusnya, peranannya, dia bukan lagi Rafizi di pinggiran dulu,” katanya.

Rafizi antara pemimpin awal yang tidak bersetuju idea kerjasama gagasan khemah besar pembangkang malah mengulangi bantahannya sejurus ucapan dasar Anwar yang menyentuh soal jalinan kerjasama antara pembangkang.

Beliau juga membangkitkan akar umbi PKR menolak idea gagasan berkenaan dengan mengatakan keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sayap Angkatan Muda dan Wanita PKR dimenangi kumpulan yang tidak bersetuju dengan perkara itu. 

Anwar bagaimanapun berkata isu itu tidak menegangkan hubungan antara kedua-dua mereka.

“Jadi saya tidak lihat sebagai masalah yang besar, kerana yang pentingnya beliau bersetuju bersama dalam pasukan bekerjasama dan memberikan sokongan dan tidak mahu perti ini dianggap terlalu lembap, itu tidak ada masalah.

“Elok kita tumpu kepada bentuk persefahaman yang penting, saya ambil sikap yang positif,” tambah Anwar lagi.

Malah Anwar percaya Rafizi akan menurut kehendak parti memandangkan beliau kini merupakan sebahagian daripada anggota pimpinan.

“Sekarang Rafizi di dalam barisan pimpinan jadi dia harus terima kenyataan bahawa sebahagian tugas saya harus serah kepada dia dia akan dipertanggungjawabkan secara langsung, bukan lagi Anwar atau Saifuddin Nasution atau pimpinan yang lain,” kata Anwar. – 16 Julai, 2022.



INI MAKNANYA

TAK PATUH

 TAK IKUT

DISPLIN PARTI

KAH KAH KAH

MAKNANYA  RAFIZI

IKUT CAKAP SENDIRI

KAH KAH KAH

WOIT

KALAU MACAM ITU

BUATLAH

PARTI SENDIRI

KAH KAH KAH

PONDOK KECIL...

OPPS.. KEMAH KECIL

UNTUK RAFIZI

KAH KAH KAH

 BANYAKKAN

MUSUH 

KURANGKAN

KAWAN

KAH KAH KAH

GARIS TEPAT 

UNTUK LINGKUP

KEMAH KECIL

KAH KAH KAH

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hahaha baru rasa panas terbakar. Dengan khemah kecil pun takut. Habis lah segala khemah madey terbakar nanti. Khemah besar serpihan penyamun. Hahaha ada madey ada daim dan segala mcm cukong keparat. Boleh tanding 222 parlimen. Mana datang duit? Hahaha bekas penyamun jugak mcm najip and the gang.

Tanpa Nama berkata...

Bila Atok Saka mengaku ada sogokan RM5juta kes Sodomi 2 melalui loyar Keling maka cfm semua kes2 main bontot adalah rekaan semata2. Sodomi 1, Khairuddin Bapok Tua silap tulis crime scene Tivoli yg belum construct tapi Atok Saka dah arah suruh parade “tilam dari Tivoli” kehulu kehilir. Last2 malu, buang kes. Sodomi 3, Yusof Rawther terlopong tunggu duit Hanif Khatri dan Khairuddin janji nak pau. Masuk court Bersatu tak nak bayor tuntutan RM10.5 juta Hanif kerana tadak perjanjianndan dia buat kerja donkey Atok Saka. Lol, dah habis modal kau pasal Brader main bontot. Berita dalaman Kongres PKR pun kau nak sabotaj?

Tanpa Nama berkata...

Belum pegang apa apa dah jenis bergaduh, kalau pegang jawatan pulus maka banyak lagi nak gaduh kah kah ada setengah tu tak layak bukan tak ada kebolehan tapi susah atur budaya rasuah curik billion kah kah salah orang nampak lupa cermin diri Selalu kah kah kah