Isnin, 18 Julai 2022

TANDA TANDA SABAH MERDEKA



Pertikai usul tuntutan Sulu ditolak, MP Kota Belud diarah keluar Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kota Belud diarah keluar dari Dewan Rakyat selepas mempertikaikan keengganan Speaker untuk membenarkan isu rampasan aset Petronas oleh waris Kesultanan Sulu dibahaskan di Parlimen.

Usul Isnaraissah Munirah Majilis @ Fakharudy telah ditolak kali ketiga.

Terdahulu, Ahli Parlimen daripada Parti Warisan Sabah (Warisan)  mempersoalkan pendirian Kerajaan Persekutuan terhadap Sabah kerana tidak membenarkan usul berkenaan dibahas.

“Tuan Speaker, buat kali ketiga, Tuan Speaker menolak usul yang saya bawa di dewan ini tentang tuntutan Sulu, saya cukup hairan.

“Saya mahu tanya dengan Kerajaan Persekutuan sampai tahap apa yang membenarkan isu ini dibahaskan? Ini soal kedaulatan negara bukan soal remeh-temeh, pasal Sabah kamu tidak peduli? Sebab Sulu tuntut Sabah sahaja, bukan negeri lain?.

“Saya mohon semua Ahli Parlimen daripada Sabah dan lain-lain berdiri mohon supaya usul ini dibincangkan, dibahaskan dalam Dewan ini.,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Serentak itu, Ahli-ahli Parlimen Warisan berdiri sebagai tanda sokongan sehingga menimbulkan kekecohan di dalam dewan.

Dalam masa yang sama Ahli Parlimen Pulai,  Salahuddin Ayub (Pakatan Harapan) turut mempersoalkan isu sama.

Kata Salahuddin, tuntutan Sulu sepatutnya dibincangkan di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan kedaulatan negara.

“Usul saya juga ditolak dengan alasan subjudis, tapi hari ini isu ini dilaporkan secara meluas dalam negara dan antarabangsa. Isu ini menjadi perbahasan umum kalau ia subjudis. Sama ada subjudis atau tidak terpulang kepada mahkamah ( Mahkamah Arbitrasi Paris) yang tentukan nanti,”

”Tapi saya harap satu hujah yang konsisten, saya bersetuju dengan kawan-kawan yang lain supaya isu ini dibahas bukan untuk pertikaikan tapi mahu penjelasan kenapa ini berlaku dan rakyat perlu mendapat pandangan daripada menteri di Parlimen,” tambahnya.

Azhar kemudian mengarahkan Isnaraissah Munirah keluar dari Dewan Rakyat dan beliau digantung selama dua hari kerana enggan memberi laluan kepada Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Sebagai rekod, akhbar Financial Times baru-baru ini melaporkan aset dua anak syarikat Petronas di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu, yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Peguam pihak yang menuntut dilaporkan merampas aset Petronas yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus, dengan nilai dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Langkah itu adalah sebahagian tindakan undang-undang yang dikemukakan pada 2017 oleh waris Sultan Sulu untuk mendapatkan pampasan terhadap tanah di Sabah yang didakwa mereka dipajak oleh nenek moyang mereka kepada sebuah syarikat perdagangan British pada 1878.- 

 

PEKARA YG

AMAT PENTING

TAK BOLEH

DIBINCANG DLM

DEWAN

KAH KAH KAH

INI BERAT

MAKA TAK HAIRAN

JIKA RAKYAT

SABAH MAHU

KELUAR DARI

MALAYSIA

AMIN

INI TANDA

INI SEBAB

INI CONTOH

YANG JELAS

BAHWA SABAH

KENA KENCING

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: