Sabtu, 9 Julai 2022

HARGA NAIK PELANGGAN LARI


Pelanggan lari jika harga naik, kata pengusaha makanan

BERIKUTAN kos menjalankan perniagaan semakin meningkat, persatuan yang mewakili pemilik bistro, restoran dan kedai kopi merayu ahlinya supaya tidak menaikkan harga menu mereka untuk menunjukkan kesetiaan kepada pelanggan.

Mereka diingatkan yang penyelarasan harga menu pada April ketika membuka semula perniagaan sepenuhnya selepas kebanyakan sekatan Covid-19 ditarik balik dan satu lagi pelarasan tidak lama lagi mungkin tidak baik untuk perniagaan kerana ia hanya akan “membuatkan pelanggan lari”.

Merayu kepada pemilik kedai kopi untuk tidak menaikkan harga menu buat masa ini ialah Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura Wong Teu Hoon.

Wong berkata beliau amat maklum terdapat lebih banyak barangan yang meningkat harganya dan melainkan mereka benar-benar tidak dapat menyerap kerugian, beliau merayu ahlinya untuk tidak menaikkan harga buat masa ini.

“Saya menggalakkan mereka untuk bertahan. Lagipun, apabila harga diselaraskan ke atas, mereka tidak akan mengubahnya menjadi lebih murah apabila harga makanan jatuh,” kata Wong kepada The Malaysian Insight.

Wong berkata disebabkan itu, sebarang langkah tergesa-gesa untuk terus membuat pelarasan harga menu boleh menyebabkan pelanggan lari.

Beberapa pemilik kedai kopi dilaporkan berminat untuk menaikkan harga menu mereka selepas kerajaan terus menetapkan harga ayam dan telur.

Wong berkata memandangkan pelarasan harga siling ayam dan telur hanyalah “peningkatan sederhana”, kedai kopi dan mereka dalam industri makanan dan minuman sepatutnya dapat menyerap kos tersebut.

“Serap kos. Elakkan membebankan pelanggan kami dengan harga yang terlalu tinggi,” katanya dan beliau turut menggalakkan ahli menggunakan lebih banyak telur gred A.

Mulai 1 Julai, harga siling runcit standard ayam di semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM9.40 sekilogram, manakala harga siling runcit telur untuk gred A ditetapkan pada 45 sen; gred B (43 sen) dan gred C (41 sen).

Sebelum ini, harga runcit maksimum ayam dan telur bagi semenanjung Malaysia bagi ayam standard ialah RM8.90 kg dan ayam super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedu) pada RM9.90 sekilogram; harga maksimum telur gred A ditetapkan pada 43 sen sebiji, gred B (41 sen) dan gred C (39 sen).

Wong berkata memandangkan harga siling ayam hanya dinaikkan hanya 50 sen, atau kurang daripada 10%, dan harga menu bagi telur separuh masak ialah antara RM1.10 dan RM1.20, ahli sepatutnya dapat menyerap kenaikan minimum itu dalam kos.

Naib Presiden Persatuan Pemilik Restoran dan Bistro Jeremy Lim, berkata beliau menyedari apa yang akan berlaku pada perniagaan yang sentiasa memotong dan menukar harga menu.

“Kami tidak mahu terus menaikkan harga menu. Ia hanya akan menakutkan pelanggan kami,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ia akan menjadikan makan di luar lebih mahal. Ia akan sampai ke tahap yang mana mereka tidak mampu lagi untuk makan di luar.”

Bagaimanapun, Lim menekankan pemilik restoran tidak melaraskan harga untuk mendapatkan wang tetapi lebih kepada mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan.

Lim berkata walaupun harga siling baharu ayam dan telur akan memberi sedikit impak kepada perniagaan mereka kerana kenaikannya sangat minimum, apa yang paling mereka takuti ialah kos bahan api.

Beliau berkata jika kerajaan mengurangkan subsidi bahan api, maka semua harga secara automatik akan dinaikkan.

Menurutnya lagi, pada masa ini tekanan kos mereka adalah terutamanya daripada bahan mentah yang diimport yang mahal disebabkan oleh kejatuhan nilai ringgit dan kos pengangkutan yang lebih tinggi.

“Restoran dan bar kami mengimport banyak bahan mentah asing.”

Selain itu, gaji kakitangan yang lebih tinggi berikutan kenaikan gaji minimum pekerja dan kekurangan kakitangan secara am akibat pandemik Covid-19 telah menambah tekanan kepada pemilik, tambah Lim. – 9 Julai, 2022.

KEADAAN

BELUM TERUK

LAGI

AMIN

AKAN SAMPAI

MASA BILA

SEMUA TAKDA

DUIT

AMIN

PELANGGAN 

HILANG KERJA

WARUNG ILANG

PELANGGAN

AMIN

APA NAK BUAT ?

JAWABNYA

BANGUN DAN

TUKAR KERAJAAN

AMIN

TUKAR SISTEM

EKONOMI DARI

KAPITALIS

PRO UNTUNG

KE 

SISTEM SOSIALIS

PRO RAKYAT

AMIN

 KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang meniaga tepi jalan sungai longkang semua ada bayar cukai apa apa tak?