Sabtu, 9 Julai 2022

HANYA DI SARAWAK ?

Bersatu berisiko terkubur di Sarawak, kata penganalisis


BERSATU Sarawak yang dilihat sebagai ‘parti nyamuk’ di negeri itu tidak mustahil akan terkubur jika dua ahli parlimennya Ali Biju (Saratok) dan Willie Mongin (Puncak Borneo) mencari haluan baharu untuk kelangsungan politik mereka, kata penganalisis.

Mongin baru-baru ini umum beliau sudah memohon menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti peneraju Gabungan Parti Sarawak (GPS). Desas-desus mengatakan Ali juga akan mengikut jejak beliau.

Mongin tidak pernah mendedahkan tentang hasrat untuk masuk PBB, tetapi laporan media menyebut permohonannya diserah kepada parti itu tidak lama selepas pilihan raya negeri Sarawak pada Disember 2021.

Penganalisis politik James Chin dari Universiti Tasmania memberitahu The Malaysian Insight tindakan dua ahli Parlimen itu tiada kaitan dengan tindakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang keluar Bersatu pada 26 Mei lalu.

Zuraida tinggalkan parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Menteri perusahaan perladangan dan komoditi itu sebelum ini keluar daripada PKR dan menyertai Bersatu sekali gus mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Zuraida dalam satu kenyataan pada 26 Mei berkata beliau percaya dengan perjuangan PBM dan tertarik dengan prinsip terasnya iaitu penglibatan berbilang kaum, pemerkasaan wanita, pemerkasaan belia, pembangunan ekonomi, pendidikan dan kemajuan sains dan teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

Berbeza denga Mongin dan Ali, dua ahli politik itu tiada matlamat dan wawasan seperti Zuraida, kata Chin.

Kedua-duanya melompat parti hanya untuk mempertahankan kerusi pada pilihan raya umum akan datang.

“Semata-mata kerana kelangsungan politik. Sekarang Muhyiddin bukan lagi perdana menteri, tiada lagi pengaruh untuk merayu GPS supaya menyokong mereka.”

Malah kekalahan dalam pilihan raya negeri di Melaka dan Johor juga sudah membuktikan yang Bersatu adalah parti yang lemah, katanya.

“Lupakan saja jika mereka fikir boleh bawa perubahan kepada rakyat Sarawak. Rakyat sudah tidak yakin dengan Bersatu. Begitu juga Ali dan Mongin,” tambahnya. – 9 Julai, 2022.   

PENG ANAL ?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KENAPA HANYA

DI SARAWAK?

KAH KAH KAH

BAGAIMANA

DI MALAYSIA?

KAH KAH KAH

BUNGKUS KE

TUTUP KEDAI ?

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

parti semanjung hanya Dap & Pkr musuh utama puak Sarawak