Isnin, 25 Julai 2022

JANGAN BUANG MASA POLIS


5 lelaki ditahan proses, edar air ketum di Pulau Pinang

POLIS menahan lima lelaki disyaki terbabit dengan kegiatan memproses dan menjual air ketum dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Ara, Bayan Lepas, Pulau Pinang semalam.

Menurut kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, lima lelaki berusia 29 hingga 37 tahun ditahan bersama 200 bungkus air ketum yang siap diproses dan dua bungkusan plastik hitam berisi daun ketum seberat 10 kilogram.

“Polis turut merampas pelbagai peralatan untuk memproses dan membungkus air ketum yang dipercayai dijual di sekitar kawasan Sungai Ara serta Bayan Lepas. Setiap bungkusan air ketum berharga RM5.

“Dalam serbuan itu, polis turut menemui beberapa batang pokok ketum yang ditanam berhampiran rumah itu dan pihak kami mengambil tindakan segera dengan menebangnya,” menurut kenyataan itu.

Katanya, lima lelaki yang bekerja sendiri kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes itu disiasat menurut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952. – Bernama, 24 Julai, 2022.


MASANYA

DAH TIBA

UNTK PARLIMEN

BEBASKAN

KETUM WARGA

ASAL BUMI INI

DARI PENJARA

BAGINDA QUEEN 

SEMENJAK 

TAHUN 1952

AMIN

JANGAN BUANG

MASA POLIS

AMIN

PDRM BANYAK

TUGAS YG LEBIH

PENTING UNTUK

NEGARA DARI

TANGKAP KETUM

AMIN

PAK TANI TUNNGU

MASA UNTUK

HASILKAN

KETUM TERBAIK

DALAM DUNIA

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tanam ketum ada kah satu kesalahan! What da fuck? Untok hiasan dikawasan rumah. Tanam kelapa, salah ke? Bolih buat toddy