Isnin, 25 Julai 2022

MANGSA KOBID MAKIN TINGGI



Covid-19: Kes baharu, kematian meningkat – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR – Jumlah kes baharu Covid-19 di negara ini meningkat sebanyak 13.5% kepada 29,886 pada minggu epidemiologi ke-29 (ME29) dari 17 hingga 23 Julai berbanding 26,335 pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan,  Dr Noor Hisham Abdullah berkata ,daripada jumlah itu, kes tempatan juga meningkat 13.5% daripada 26,317 kes kepada 29,858 kes tetapi kes import turun 26.3% kepada 28 kes sahaja berbanding 38 kes.

Jumlah kes kematian dalam ME29 juga menunjukkan peningkatan sebanyak 61.5% kepada 63 kes berbanding 39 pada minggu sebelumnya.

Bilangan kes pulih pada tempoh sama juga bertambah 18.9% kepada 22,757 berbanding daripada 19,138 kes sebelum ini.

“Kes kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital bagi setiap 100,000 penduduk naik sebanyak 18.3%. Bilangan pesakit dalam Kategori 1 dan 2 menunjukkan peningkatan sebanyak 12.5%,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Manakala bilangan pesakit dalam Kategori 3, 4 dan 5 melonjak sebanyak 25%, kata Dr Noor Hisham.

Dalam pada itu, kes aktif Covid-19 harian turun 1.7% pada akhir ME29 kepada 70,140 kes daripada 71,326 kes sebelumnya.

Menurut beliau terdapat 15 kluster Covid-19 yang aktif.

JAGA JAGA

IKUT C.U.S

CARA UNTUK

SELAMAT

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: