Rabu, 6 Julai 2022

MALAYSIA BAKAL PECAH ?



Tolak MA63 sama macam bubar Malaysia, kata Ongkili


PRESIDEN Parti Bersatu Sabah Maximus Ongkili turut menyertai para pemimpin di Borneo dalam menyelar cadangan Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengenai Perjanjian Malaysia baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) menyifatkan Mohamad sebagai “rabun dan salah.”

Ongkili menekankan jika batalkan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) bermakna membubarkan Malaysia.

“Tiada MA63 bermakna tiada Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

“Membatalkan MA63 sama seperti meninggalkan Persekutuan Malaysia. MA63 adalah dokumen asas penting pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Tiada siapa yang boleh ubah perjanjian asas yang membawa kepada pembentukan Malaysia,” katanya.

Ongkili berkata pindaan Perlembagaan yang diluluskan sebulat suara di Parlimen pada Disember tahun lepas telah menjadikan MA63 sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.

“Cadangan Perjanjian Malaysia baharu seperti yang dicadangkan Tok Mat (gelaran kepada Mohamad Hasan), dan disokong oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Dr Jeffrey Kitingan itu rabun, menyesatkan dan tidak dapat kukuhkan Malaysia,” kata Ongkili.

Beliau berkata tidak masuk akal untuk mana-mana rakyat Malaysia yang setia untuk menggantikan MA63 dengan perjanjian baharu, yang kandungannya belum dipertimbangkan.

Ongkili juga bertanya sama ada perjanjian baharu itu akan mengukuhkan MA63, atau membuangnya.

“Berdasarkan kenyataan terhad oleh pencadang perjanjian baharu itu, pemikiran sesat tersebut adalah untuk membatalkan MA63 dan menggantikan dengan yang baharu,” kata Ongkili.

“Ia sama dengan memutuskan ikatan yang mengikat dan menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, dan Sarawak pada 1963.” – 6 Julai, 2022.





MALAYSIA PROJEK

INGGERIS

ANTI SUKARNO

AMIN

MALAYSIA AKAN

PECAH KERANA

TINDAAK TANDUK

POLITIKUS

AMIN

CURI BALAK &

ZALIMI RAKYAT

DAN RASUAH

AMIN

ADA BAHAYA !!!

JENG JENG JENG

CHINA MERAH

AKAN MASUK

AMIN

CHINA MERAH

SEDANG INTAI

SABAH UNTUK

PELABUHAN NAVY

TENTERA LAUT

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: