Khamis, 11 Ogos 2022

SEMUA KERJA PENYAMUN

 



LTAT di bawah 3 menteri pertahanan BN

PENDEDAHAN Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) Ahmad Nazim Abdul Rahman, syarikat Boustead Naval Shipyard (BNS) terpaksa menggunakan wang perolehan kapal LCS untuk membayar hutang lapuk projek lain membuktikan dana LTAT dan syarikat pegangan LTAT sekian lama disalahguna kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menutup kerugian akibat kepincangan pengurusan kewangan dan penyelewengan wang negara.

Nazim mendedahkan Boustead terpaksa mengambil alih sebuah syarikat pembuat kapal tentera, PSC Industries Bhd yang dibebani hutang RM400 juta dan tidak dapat meneruskan projek yang diberi pada 2005. Menteri pertahanan ketika itu ialah Najib Razak.

Tindakan kerajaan BN bukan saja menyebabkan kerugian besar kepada LTAT dan Boustead, malah menjadikan keadaan kewangan BNS menjadi parah sehingga perkara ini menjadi antara faktor kegagalan BNS menyiapkan enam LCS dalam skandal terkini.

Laporan PAC menyebut BNS tidak akan mendapat sebarang keuntungan walaupun projek LCS ini diteruskan. Ini bermakna Boustead dan seterusnya LTAT juga tidak akan menerima sebarang pulangan daripada projek ini, berbeza dengan kenyataan Najib kononnya kontrak diberikan demi kepentingan LTAT dan pulangan kepada veteran tentera dan tentera.

Sebaliknya, syarikat kroni termasuk syarikat asing yang mendapat untung daripada projek LCS ini.

RM3.3 bilion atau satu pertiga daripada RM9 bilion jumlah keseluruhan projek LCS diperuntukkan kepada syarikat orang tengah yang dikawal syarikat asing. Daripada jumlah itu, RM2.1 bilion sudah dibayar kepada mereka.

Satu lagi pihak yang mendapat untung daripada projek LCS ini ialah syarikat pembekal dari Perancis yang sebelum ini terpalit dengan kes rasuah melibatkan pembelian kapal selam Scorpene dan Agosta, yang juga berlaku semasa Najib menjadi menteri pertahanan.

Syarikat ini mendapat kontrak LCS bernilai RM1.7 bilion. Daripada jumlah itu, RM576 juta sudah dibayar kepada mereka.

Jadi di manakah manfaat dan keuntungan yang kononnya hendak ditujukan kepada LTAT dan syarikat tempatan yang dipegang LTAT?

Hakikatnya, di bawah tiga menteri pertahanan BN, Najib, Ahmad Zahid Hamidi dan Hishammuddin Hussein, LTAT dan syarikat pegangan LTAT seperti Boustead bukan saja dijadikan lubuk buat duit oleh kroni malah dana LTAT disalahgunakan untuk menutup satu demi satu kerugian akibat kepincangan pengurusan kewangan dan penyelewengan wang negara. – 11 Ogos, 2022.

 * Steven Sim Chee Keong ialah ahli Parlimen Bukit Mertajam.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah 43x... masa dah jadi pembangkang baru nak bising...nila macam isyam rais kata sindrom polis pencen...
Kikikikiki... hello bang mat 22bulan...
Hello isyam takot nak siar komen aku....
Hihihihihihihihihihi