Khamis, 11 Ogos 2022

TIPU HELAH KERENAH NAJIB



Pasukan peguam baharu Najib akan tarik diri jika rayuan diteruskan pada 15 Ogos

PASUKAN peguam yang baru dilantik mewakili Najib Razak bagi rayuan terakhir dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd, hari ini memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa mereka akan menarik diri sekiranya mahkamah tetap akan terus mendengar rayuan itu minggu depan.

Media difahamkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia untuk meneruskan rayuan berkenaan kerana ia melibatkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Oleh itu, jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan pada Isnin ini, peguam terlibat tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya V.Sithambaram dan Mohd Ashrof Adrin Kamarul bertindak bagi pihak  responden (Pendakwa Raya) manakala peguam Hisyam Teh Poh Teik, Liew Teck Huat dan M.Rueben mewakili Najib (perayu).

Pada 26 Julai, Najib telah memberhentikan dengan serta-merta Tetuan Shafee & Co daripada bertindak sebagai peguam yang mewakilinya dalam rayuan sabitan dan hukuman membabitkan RM42 juta dana SRC International. Bagaimanapun, Najib berkata bekas peguamnya, Muhammad Shafee Abdullah akan terus bertindak sebagai peguam cara dalam kes lain yang dihadapinya di mahkamah.

Najib kemudian melantik Hisyam daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya manakala rakan kongsi ZIST, Liew dan Rueben sebagai peguam baharunya.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Hari ini, media juga dimaklumkan bahawa pendengaran usul untuk mengemukakan bukti baharu akan didengar terlebih dahulu pada Isnin dan jika usul itu ditolak, mahkamah akan terus mendengar rayuan utama.

Bagaimanapun, media diberitahu bahawa peguam Najib akan membuat permohonan lisan di mahkamah untuk menangguhkan rayuan utama selepas selesai hujah bagi usul bagi memasukkan bukti baharu dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.

Pada Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali, yang kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas mendapatinya bersalah menyalahgunakan RM42 juta daripada dana SRC.

Kes itu di peringkat rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada tahun lepas, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dan menolak rayuan bekas perdana menteri itu. – Bernama, 10 Ogos, 2022.

RUPA RUPANYA

INI HELAH NAJIB

BILA TARIK BELAIK

TUDUHAN

 HAKIM NASLAN

RASUAH

KHALAS

PEGUAM NAJIB

NAK TARIK DIRI

JIKA TANGGUH

TAK DIBERI

AMIN

INI CARA NAJIB

MENGUGUT

MAHKAMAH

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT jangan fitnah Najib. Yang buat kenyataan tersebut ialah peguam loyar Encik Hisyam. Kalau ada kes ugut, peguam yang ugut, bukan Najib yang berbisu saja. Jangan zalimi Najib lagi. Tak baik.

Tanpa Nama berkata...

Bro dengar kata kobar angin anak sulong Najip akan tanding pru15. Anak Najip ini ibu mertuanya ialah arwah Maznah iron lady. Anak Azmin juga berkahwin dengan anak arwah Maznah. Cucu Najib dan cucu Azmin adalah sepupu. Cucu Najib adalah cucu saudara Azmin. Begitu juga cucu Azmin ialah cucu saudara najip. Asam didarat ikan di laut, datuk bapak anak semua kaki kaut.

cikminah berkata...

Saya baru lepas nonton kali yang ke 20 filem 'AND JUSTICE FOR ALL' lakonan Al Pacino sebagai Peguambela, Arthur Kirkland, membela hakim Henry T, seorang perogol dan pembunuh.
Filem ini sebijik kes Najib dan 1MDBnya. Zaid dan Syafiee patut nonton filem ini sebelum dia menarik diri dpd membela Najib di mahkamah. Zaid patut bertanya dirinya, kenapa dia membela Najib, adakah untuk menang dan namanya tercatat dalam Jernal undang-undang seluruh dunia di muka hadapan, atau pun untuk mencari KEBENARAN....???

Tanpa Nama berkata...

lingkup undang2 negara di permainkan penyamun ..... cuma nak Msia 2 set undang2 ke satu utk orang kayangan dan satu rakyat . sudahlah kelonggaran di beri kpd penyamun ni kasi msk dulu ke Sg Buluh nak apa2 rayuan semua dr jail .