Sabtu, 17 September 2022

INDUSTRI JUAL HAMBA


Imigresen dapati ejen bawa masuk etnik Rohingya turut uruskan kad UNHCR

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) mengesan etnik Rohingya warga Myanmar masuk ke negara ini dengan menggunakan ejen yang turut menguruskan bagi mendapatkan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata sehubungan itu, perkara itu akan diteliti secara mendalam oleh jawatankuasa di Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya sempat temu bual beberapa pemegang kad UNHCR warga Rohingya (dalam operasi JIM) semalam dan mereka membuat pengakuan masuk ke Malaysia melalui sempadan-sempadan negara iaitu Kedah dan Kelantan dari Thailand, malah mereka mengaku ia (masuk ke Malaysia) diuruskan oleh ejen-ejen.

“Malah mereka juga mengaku ejen-ejen terbabit menguruskan perjalanan ke pejabat UNHCR di Kuala Lumpur untuk proses mendapatkan kad itu, perkara ini akan diteliti secara lebih mendalam oleh jawatankuasa di KDN.

“Mereka (etnik Rohingya) bukan beli (kad UNHCR) tapi mereka bayar kepada ejen antara RM5,000 hingga RM7,000 seorang dan ejen itu akan bawa ke pejabat UNHCR, pemahaman mereka kad itu dibeli tapi sebenarnya mereka membayar kepada ejen-ejen yang terlibat dalam menguruskan kemasukan mereka,” katanya kepada pemberita selepas operasi JIM di sebuah tapak projek perumahan di Kubang Menerong, di Tasek Gelugor, awal pagi tadi.

Sementara itu, Khairul Dzaimee berkata dalam serbuan itu, pihaknya memeriksa 36 warga asing yang bekerja di tapak pembinaan berkenaan sebelum menahan 25 orang termasuk seorang wanita kerana tiada dokumen perjalanan diri, tinggal lebih masa dan dokumen yang meragukan.

Katanya mereka yang ditahan dalam operasi bermula pukul 11.15 malam tadi itu terdiri daripada 10 lelaki Bangladesh, lapan lelaki Indonesia, lima lelaki dan seorang wanita Myanmar serta seorang lelaki Nepal.

“Semua warga asing itu dibawa ke depoh tahanan untuk siasatan lebih lanjut kerana terdapat dalam kalangan mereka menggunakan dokumen meragukan khususnya pemegang kad UNHCR yang disyaki tidak tulen,” katanya.

Beliau berkata operasi yang dijalankan itu merupakan yang ke-261 dijayakan oleh JIM Pulau Pinang sepanjang tahun ini dan seramai 193 warga asing bersama 32 majikan ditahan kerana pelbagai kesalahan imigresen dalam tempoh tersebut.

“Walaupun jumlah pendatang tanpa izin yang ditahan dalam operasi itu tidak ramai berbanding jumlah operasi dijalankan, jumlah kompaun yang dikenakan terhadap majikan serta warga asing lebih RM2.5 juta,” katanya. – Bernama, 17 September, 2022.
n

INI INDUSTRI

JUAL HAMBA

ABDI JENIS BARU

AMIN

PERNIAGAAN

AMAT LUMAYAN

AMIN

WAJIB DITANGANI

SEKARANG

AMIN

DALAM MASA

TERDEKAT BILA

MALAPETAKA

CUACA SAMPAI

MAKIN RAMAI

NAK MELOROH

MASUK

AMIN

TERUTAMA DARI

CHINA MERAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pelik pelik pelik jabatan jabatan kerajaan ini semua, bila nak Raya baru cergas baru nak kerja baru nak tangkap sini sana, selama ini tak tahu kah warga asing masuk sampai buat kampung, sampai buat kedai, sampai bila restoran besar, sampai meniaga pasar malam, pasar pagi kah kah kah lawak lah dia orang ini, satu satu negara yang paling banyak penjawat awam dalam dunia adalah Malaysia, tapi semua tahu tahu, kena risik risik bertahun tahun lambat entah kenapa, ada masyuk masyuk semua diam, sama lah kastam Imigresen polis semua, selagi ada masyuk semua diam diam buat buat tak tahu kenyang makan kenyang minum kenyang kumpul harta kah kah kah jangan nak wayang, kah kah kah dah lama menonton cerita mereka ini kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Adoh tak kan baru tahu ke kad UNHCR banyak yg palsu ke ? Ejen2 cari makan jual kad UNHCR kalau periksa kebanyakan rakyat bangla atau myanmar ada kad ni utk depa bergerak dlm Msia & cari makan .. harap tutup & pantau keluaran Kad UNHcR kpd pendatang haram dlm Msia