Rabu, 14 September 2022

MAJLIS PEGUAM PERLU GURU

 



Majlis Peguam jangan kurang ajar pertikai kuasa pengampunan Agong – Zaid

KUALA LUMPUR – Majlis Peguam diingatkan supaya jangan bersikap melampau dan kurang ajar dalam mempersoalkan isu pengampunan diraja terhadap Najib Nazak.

Peguam, Zaid Ibrahim berkata, kenyataan Majlis Peguam semalam berhubung isu tersebut dianggap melampau, seolah-olah memberi tekanan kepada Yang di-Pertuan Agong agar tidak mengurniakan pengampunan.

“Ini sudah kurang ajar. Kita hormatlah. Tuanku tahulah nak ampun ke, tak nak ampun ke, pertimbangan baginda.

“Sebab itulah baginda Agong, baginda ketua negara. Kalau kita nak ajar baginda, satu hari nanti bila baginda buat satu-satu keputusan kita akan pertikaikan.

“Kalau raja-raja Melayu dipertikaikan sampai begitu sekali, apa nak jadi negara ini?” katanya daripada rakaman video yang dimuat naik dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah semalam yang menyatakan, pengampunan diraja terhadap Najib akan dianggap sebagai tindakan mempersendakan prinsip keluhuran undang-undang dan sistem keadilan di negara ini.

Zaid turut mempersoalkan apa motif pihak tertentu yang melancarkan serangan bertubi-tubi sejak dua minggu lalu berhubung isu pengampunan diraja terhadap Najib.

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa prerogatif belas kasihan dan pengampunan adalah soal peribadi Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu.

Pada masa yang sama, Zaid memberi perbandingan tentang situasi di negara lain di mana bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi pengampunan kepada 70 kontraktor Blackwater yang terlibat dalam pembunuhan kejam 17 rakyat Iraq termasuk kanak-kanak di Baghdad pada 2006.

“Tak ada orang kata sistem keadilan AS terjejas kerana mereka menghormati itulah kuasa pengampunan yang diberi kepada ketua negara.

“Yang saya sedih, tekanan yang dibuat kepada Agong sudah melampau, seolah-olah ini satu tekanan supaya pengampunan tidak diberi,” jelasnya.

Beliau turut meminta UMNO bertegas dalam isu pengampunan terhadap Najib agar parti itu tidak dilihat takut kepada Majlis Peguam dan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Zaid berkata, UMNO perlu bersikap demikian supaya tiada pihak yang bertindak melampau dalam mempertikatkan kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

“Ini yang saya bimbang, budaya kurang ajar ini kalau kita tidak bendung, kalau UMNO dilihat lemah, saya tak tahu apa akhirnya akan berlaku,” katanya.

Sementara itu, beliau berharap Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memastikan Najib diberi ubat yang bersesuaian dengan beliau.

“Takkanlah bekas Perdana Menteri tak boleh pakai ubat yang dia guna selalu. Tak usahlah beri ubat generik. Kalau kita beri sedikit keistimewaan kepada dia pun apa salahnya,” jelasnya.

Zaid berkata, pemberian ubat mengikut preskripsi kepada Najib tidak sepatutnya dianggap sebagai layanan luar biasa dan perkara itu di bawah budi bicara Menteri Kesihatan.

“Kalau kita pemimpin, kita tak tahu nak guna budi bicara, maka kita tak boleh jadi pemimpinlah.

“Kita perlu jadi bijaksana tetapi adil kepada semua termasuk banduan terutamanya bekas Perdana Menteri. Dia ada jasa juga kepada kita,” katanya. 

WOIT

INI BARU BETUL

MAJLIS PEGUAM

KURANG AJAR

KAH KAH KAH

PERLU GURU

DATG MENGAJAR

KAH KAH KAH

GURU TERBAIK

PASTI DATANG

DARI UK OPPS..

DATANG DARI

ULU KALANTAN

KAH KAH KAH

AMPUN JANGAN

TAK AMPUN

AMIN

KHALAS

4 ulasan:

hamim berkata...

TT yang ini batu api, dahlah batu api, curah minyak bagi api cepat marak merebak, ini dah kira menghasut, batu api ni menghasut juak juak gerombolan supaya bingkas, lepas ni kita tunggu dan lihat apa juak juak gerombolan akan lakukan

Tanpa Nama berkata...

Munkee UK nak jadi Peguang Nenggara. Sebab tu awal awal jual ubat.

Tanpa Nama berkata...

Raja raja digunakan ikut kesesuaian mereka, kalau nak ampun kena ampun, kalau nak tarik kena tarik, kalau nak tolak kena tolak, perkotak katik ditekan kah kah kah, baginda Queen dihormati, baginda raja sir olak olak kiri kanan, lah kah kah semua boleh kalau ada kuasa, semua boleh hmmm kalau ada duit, ikut suka lu olang apa lu olang mahu, raja kena ikut saja, kah ampun tuanku UK, oops ulu Kelantan dulu pancing ikan sekarang mahu pqncing lobster ooppss

Tanpa Nama berkata...

Tiba tiba peguam UK ini mula menyokong pencurik, apa sebab, apa Cui Bono dia dapat abang TT budiman? Apa untung dia perolehi, separuh dari beg Birkin atau beg Hermes, intan berlian, apa dapat kah kah kah, kalau menyalak pasti ada habuan pasti ada masuk ini budaya orang Asia, tak beh lari tak boleh lepas kah kah kah syukur rezeki masuk walau banduan masuk amin