Khamis, 15 September 2022

PEGUAM NAJIB PULAAAK



28 Okt keputusan Shafee bebas atau bela diri kes ubah wang haram RM9.5 juta


KEPUTUSAN sama ada peguam Muhammad Shafee Abdullah akan dibebaskan atau diperintah membela diri terhadap dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM9.5 juta didakwa diterima daripada Najib Razak dan dua tuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan diketahui pada 28 Oktober ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Muhammad Jamil Hussin menetapkan tarikh itu selepas selesai mendengar hujah pihak pendakwaan dan pembelaan di akhir kes pendakwaan.

“Saya perlu meneliti dan mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak yang lebih 500 muka surat. Oleh itu, keputusan ditetapkan pada 28 Oktober ini, 9 pagi,” kata hakim itu.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz manakala Muhammad Shafee diwakili peguam Harvinderjit Singh, Farhan Read dan Muhammad Farhan Muhammad Shafee.

Pada 12 Mei lepas, pihak pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan seramai lapan saksi pada perbicaraan yang bermula 21 Mei 2021.

Antara saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan Pengurus Cawangan AmBank Jalan Raja Chulan R Uma Devi, Pengurus Cawangan CIMB Bank Bukit Tunku Rosnita Ahmad, bekas pegawai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad dan Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohamad Farid Jabar.

Pada 13 September 2018, Shafee, 70, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya, iaitu cek RM4.3 juta diterima pada 13 September 2013 manakala RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Bhd, Taman Tunku, Bukit Tunku di Kuala Lumur mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda RM5 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di LHDN cawangan Jalan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di Kuala Lumpur pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015 dan berdepan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram. – Bernama, 15 September, 2022.   
           

WOIT

INI KES APA

PULAAAK NI

KAH KAH KAH

INI MAKIN BERAT

MAKIN MENGADA2

KAH KAH KAH

NAJIB DAH MASUK

JIL KAJANG

AMIN

INI PEGUAM 

NAJIB PULAAAK

KAH KAH KAH

WOIT

APA SUDAH JADI?

KAH KAH KAH

TUKANG MASAK

NAJIB AKAN

KENA JUGA KE ?

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: