Jumaat, 16 September 2022

PELACUR BERMORAL TINGGI


PAS tak bermoral guna Islam pertahan pelaku rasuah

PAKATAN Harapan (PH) kesal dengan tuduhan liar Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang beria-ia menggambarkan PH sebagai parti rasuah.


Tanpa memberikan hujah dan fakta, beliau berkata: “Ramai dalam kalangan PH yang tidak beriman (beraqidah) dan bermoral (berakhlak) secara terbuka, mengumpulkan kumpulan pemberi rasuah dan penerima rasuah.”

Kami percaya Hadi membuat kenyataan ini bagi menyembunyikan sikap sebenar PAS yang lunak terhadap rasuah apabila PAS mempertahankan individu dan kumpulan pelaku rasuah yang dibuktikan bersalah di mahkamah.

Apatah lagi ia dibuat ketika Sarawak Report menegaskan mereka ada bukti PAS menerima wang daripada Umno dan juga tindakan Hadi menarik balik saman beliau terhadap portal berita itu.

Sikap tidak bermoral PAS sebagai sebuah parti yang menggunakan nama Islam berkawan dan mempertahankan pelaku rasuah memberi gambaran yang salah tentang kesucian dan ketegasan Islam dalam menjaga harta negara dan kepentingan awam.

Islam mengajar umatnya untuk membenci rasuah dan menolak pelaku rasuah.

Seharusnya PAS mengambil sikap yang lebih tegas dalam menolak parti dan kepimpinan parti yang mengamalkan budaya rasuah seperti Umno.

PAS juga seharusnya menolak amalan menerima tawaran jawatan sebagai habuan sokongan untuk kuasa sepertimana yang berlaku semasa pembentukan kerajaan Perikatan Nasional kerana ianya juga satu bentuk rasuah dan tidak bermoral.

Sikap tegas Pakatan Harapan terhadap rasuah dibuktikan dengan kejayaan Pakatan Harapan membawa pelaku rasuah dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan. Ini memberi mesej tegas harta negara dan khazanah awam mesti dipertahankan dengan penuh amanah.

Pakatan Harapan juga menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebagai sebuah agensi pengukuhan amalan urus tadbir baik dan anti-rasuah.

Dalam tempoh yang singkat GIACC berjaya melaksanakan beberapa inisiatif dalam melawan amalan rasuah dalam pentadbiran negara.

Rekod cemerlang kerajaan Pakatan Harapan dalam melawan rasuah terbukti apabila Indek Persepsi Rasuah (IPR) Malaysia pada 2019 menunjukkan kenaikan skor IPR yang tertinggi sebanyak 53 mata sambil meraih kedudukan pada tangga 51 daripada 180 negara.

Manakala semasa PAS menjadi sebahagian dari Kerajaan PN pada 2020, Malaysia menerima skor lebih rendah sebanyak 51 mata dengan jatuh kedudukan pada tangga 57 dan kini terus menjunam pada 2021 selepas mendapat skor sebanyak 48 dan berada di kedudukan tangga 62 daripada 180 negara yang terlibat. – 16 September, 2022.

* Khalid Abdul Samad 
ialah pengarah komunikasi Amanah
 dan ahli Parlimen Shah Alam.



WOIT

PARTI ISLAM PAS

ADALAH PARTI

PELACUR

BERMORAL TINGGI

KAH KAH KAH

LU TAK CAYA

LU TANYA ANAK

RAJA KELANTAN

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: