Rabu, 21 September 2022

TAHNIAH PDRM !


Dua sindiket dadah tumpas, polis rampas barangan bernilai RM20.56 juta

SHAH ALAM – Dua sindiket dadah di Lembah Klang dan selatan tanahair tumpas dan polis berjaya merampas barangan bernilai RM20.56 juta dalam tiga serbuan baru-baru ini.

Salah satu daripada sindiket itu menjadikan sebuah rumah di Damansara sebagai makmal memproses dadah, kata Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Arjunaidi Mohamed.

Kedua-dua sindiket itu ditumpaskan dalam tiga serbuan berasingan pada 13 dan 15 September lalu.

Katanya, pada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor dengan kerjasama JSJN Bukit Aman, JSJN Johor dan Negeri Sembilan telah berjaya membuat penangkapan lima lelaki berusia antara 23 hingga 35 tahun sekitar Ampang Jaya, Serdang dan Petaling Jaya.

“Dalam kes pertama, pada 13 September lalu, JSJN Selangor dengan kerjasama oleh JSJN Bukit Aman berjaya menangkap dua lelaki berumur 32 dan 35 tahun di kawasan tempat letak kereta berdekatan sebuah pasar raya di Ampang.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke dalam kereta suspek berjaya merampas empat ketulan mampat bahan disyaki dadah jenis heroin base anggaran seberat 1.54 kilogram.

“Manakala pasukan berpandukan maklumat dan arah dua suspek pertama itu telah membuat serbuan di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong sebelum telah berjaya menangkap seorang lagi suspek lelaki berumur 35 tahun dipercayai terlibat dalam kes ini,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambah Arjunaidi, seterusnya pada sebelah malam polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Sri Damansara, Petaling Jaya.

Hasil pemeriksaan lanjut di dalam sebuah kereta Mercedes di kawasan Sri Damansara itu telah menjumpai sebanyak 112 ketulan mampat disyaki heroin base anggaran seberat 43.48 kilogram, 89,500 biji pil Erimin 5 anggaran berat 27.2 kilogram.

Kemudian dalam kes tangkapan kedua pada 15 September lalu dengan kerjasama antara JSJN Selangor, Johor dan Negeri Sembilan telah berjaya menangkap dua lelaki berumur 23 dan 27 tahun dalam serbuan di sebuah rumah di Damansara Perdana yang dipercayai dijadikan makmal memproses dadah secara haram.

“Pemeriksaan lanjut di dalam rumah tersebut berjaya menjumpai bahan disyaki dadah iaitu sebanyak 355 bungkusan disyaki heroin base anggaran berat 134.19 kilogram (kg), 54 bungkusan disyaki dadah jenis methampetamine anggaran berat 59.04 kg, 20 ketulan mampat daun kering disyaki ganja anggaran berat 20 kg, 15,830 biji pil Erimin 5 anggaran berat 4.56 kg, tujuh bungkusan mengandungi dadah disyaki pil ekstasi anggaran berat 3.19 kg dan enam bungkusan disyaki kafein anggaran berat 6.12 kg.

“Turut dirampas bahan-bahan serta peralatan memproses dadah seperti empat botol plastik accetone, satu botol plastik ethanol, lapan balang kaca mengandungi cecair disyaki dadah anggaran isipadu lima liter setiap satu, sebuah mesin memproses dadah, satu corong besi serta pelbagai peralatan dipercayai untuk menghasilkan dadah tersebut,” katanya.

Ujar Arjunaidi, hasil serbuan itu, anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas dirampas bagi kedua-dua kes itu adalah membabitkan 179.21 kg heroin base, 105,330 biji pil erimin 5 bersamaan 31.77 kg, 59.04 kg Methamphetamine, 20 kg ganja, 3.19 kg pil ekstasi, 6.12 kg kafein dan nilai rampasan dadah berjumlah RM20.56 juta.

Tegas beliau, dadah yang dirampas disyaki bekalan mentah itu diperoleh dari negara jiran dengan Muar dipercayai menjadi transit sebelum mengedar untuk pesaran di Selatan tanah air dan juga ke Lembah Klang.

Menurutnya, tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 di mana pihak polis telah menyita aset-aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM152,001 iaitu dua buah kereta iaitu Nissan Impul dan Audi, lima buah motosikal curi iaitu Ducati, Honda ADV, Yamaha RXZ, Yamaha Y15ZR, SYM, sebiji helmet Shoei, tiga utas jam tangan bernilai RM5,000 dan wang tunai bernilai RM5,001.

“Dua daripada lima suspek itu mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan dadah dan kini kesemua mereka telah direman selama tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang daripada 15 sebatan,” katanya. 

AWAS

DADAH INDUSTRI

BESAR

AMIN

TAIKON DADAH

MASIH BEBAS

AMIN

TOWKAY DADAH

AKAN MASUK

MEMBERI DANA

PADA POLITIKUS

AMIN

INI SEDANG

BERLAKU DI MEXCIO

DI LATIN AMERIKA

DAN DI PAKISTAN

AMIN

INI NARCO POLITIK

AWAS

IANYA AKAN

SAMPAI 

KE MALAYSIA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini nak gantung pun berkilo tan masuknanti tak gantung bertan tan pulak lah kah kah Bodoh biar bertempat woi tembak mati terus senang kah kah

Tanpa Nama berkata...

Aiseh istilah baru "narco politics" banyak cabang punya politaik