Rabu, 12 Oktober 2022

BANDUAN NEGARA NAK BERKEMPEN



Najib tak dibenar keluar berkempen PRU15, kata Jabatan Penjara

BEKAS perdana menteri Najib Razak sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara.

Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia Nordin Muhammad berkata selagi Najib masih menjalani hukuman itu, beliau tidak dibenarkan keluar berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Keadaan dan peraturan masih sama… jadi selagi beliau masih menjalani hukuman dalam penjara, beliau tertakluk kepada akta dan peraturan penjara,” katanya kepada media pada majlis pelancaran Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah (Pindaan) 2022 (Akta A1660)  di Ibu Pejabat Penjara Malaysia di Kajang hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendirian pihak penjara sekiranya ada permohonan daripada penyokong Najib agar penyandang kerusi Parlimen Pekan itu diberi kebenaran khas untuk keluar berkempen pada PRU15.       

Bagaimanapun, Nordin berkata selain permohonan untuk menghadiri sesi sidang Parlimen yang telah ditolak, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan lain daripada bekas perdana menteri itu.

Beliau turut mengulangi bahawa Najib tidak pernah menerima sebarang layanan istimewa sepanjang menjalani hukuman penjara seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Nordin berkata Najib sama seperti banduan lain yang tertakluk kepada peraturan dan Akta Penjara selain prosedur operasi standard jabatan itu. 

“Kami memberi layanan yang sama kepada semua penghuni di sini dan tiada istilah pilih kasih kepada banduan di sini,” katanya.

Pada 23 Ogos lepas, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd sebanyak RM42 juta. – Bernama, 11 Oktober, 2022.              


WOIT

RAKYAT DINAFI

DARI  LIHAT MUKA

BANDUAN NEGARA

KAH KAH KAH

INI TIDAK ADIL

ZALIM NAMANYA

KAH  KAH KAH

RAKYAT NAK TAHU

BANDUAN GEMOK KE

DAH KURUS

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Abang TT, boleh bagi satu cadangan tak ? Buat pilihanraya penjara macam pilihanraya kampus universiti, buat di semua penjara di Malaysia, boleh pecah wakil banduan penjara mengikut kaum, agama, bangsa, negara, negeri, yang terpilih jadi wakil banduan, boleh bersidang di Penjara Kajang, mereka akan bersidang bagi menentukan hala tuju penjara, bajet, polisi, dasar, bab makanan, minuman, kemudahan, sabun nak atau tidak atau lain lain difikirkan sesuai, sediakan bajet untuk latihan, kementerian munke mungkin dipilih dari barisan kabinet diketuai Bossku, mungkin boleh sebab Bossku terlalu teringin nak jadi PM kembali, biar dia jadi PM untuk seluruh warga banduan Malaysia. Cadangan saja jangan marah marah ya, speaker minta seekor yang akan hilang kerja itu masuk sekali, perasmian boleh lah pilih mana mana Mat Songel yang tertinggi nilai curian atau rompakan ya, kah kah kah lawak lawak Bossku

Tanpa Nama berkata...

Setiap manusia ada tahap cerdik, berbeza beza tahap ini, tapi tapi tahap cerdik orang politik, tukang jilat, tukang cium tangan, pembodek masha Allah, sungguh lah teramat terbaik wayang mereka, kah kah kah semua halal ikut wacana tahap mentaliti mereka amin, kah kah kah