Rabu, 12 Oktober 2022

BUJET PANCING UNDI

 



Buang masa bentang Belanjawan 2023, kata pengkaji


BELANJAWAN 2023 sudahpun luput sebaik Parlimen dibubarkan semalam dan perlu dibentangkan semula oleh pentadbiran baharu, kata bekas speaker Dewan Rakyat dan pengkaji undang-undang.

Bekas speaker Mohamad Ariff Md Yusof memberitahu The Malaysian Insight Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat itu hanya di peringkat bacaan pertama di Dewan Rakyat.

“Dari segi teknikal, RUU Perbekalan hanya mempunyai bacaan pertama selepas bacaan ucapan Belanjawan.

“Apabila Parlimen dibubarkan, ia luput. Belanjawan perlu dibentangkan semula,” katanya ketika diminta menjelaskan status belanjawan dengan peruntukan sebanyak RM372.3 bilion itu.

Pandangan itu dipersetujui pengkaji Universiti Kebangsaan Malaysia Salawati Mat Basir yang menanggap Belanjawan 2023 yang dibentangkan Tengku Zafrul Aziz sebagai “tidak berguna”.

“Dalam kata lain, anda perlu melakukannya semula. Lebih baik jika bajet itu tidak dibentangkan kerana ia lebih dilihat sebagai gula-gula untuk rakyat dan dengan tiba-tiba ia sudah tiada,” katanya.

Oleh itu, pentadbiran baharu perlu memutuskan sama ada untuk meneruskan bajet dibentangkan Tengku Zafrul atau menilai semula perkara itu, kata pensyarah fakulti undang-undang itu.

Jelasnya, pentadbiran baharu tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan dalam penggal hadapan tanpa belanjawan baharu.

“Kesannya kita tidak boleh menggunakan wang itu, kita tidak boleh meneruskan apa-apa projek melainkan kita mendapat kerajaan dan kerajaan baru itu perlu membentangkan bajet semula.

“Jadi ia sudah dibekukan. Kesannya ialah ia akan melambatkan pembangunan (infrastruktur) terutama jalan raya, hospital dan sekolah,” katanya.

Seorang lagi pengkaji, Fahri Azzat berpendapat, Belanjawan 2023 yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz masih sah dan tidak terbatal.

Pengarah Pusat Perlembagaan dan Hak Asasi Manusia Malaysia itu berkata, cadangan undang-undang itu bagaimanapun hanya belum diluluskan Dewan.

Beliau juga menjangka bajet yang dibentangkan Jumaat lalu akan terus diguna pakai sekiranya parti Umno dan Barisan Nasional (BN) yang diwakili perdana menteri waktu ini berjaya menguasai Putrajaya semula.

“Mengikut percaturan mereka (Umno), mereka akan kembali dan menjadi kerajaan yang meluluskannya.

“Jika tidak kenapa mereka mahu membentangkannya dan kemudian menggesa pembubaran Parlimen.

“Sekiranya Umno menang, mereka akan menilai semula bajet yang sama. Sebab itu ia disebut bajet pilihan raya, ia menjadi umpan kepada Umno untuk memancing pengundi,” katanya.

Beliau juga melihat Ismail Sabri amat tertekan sehingga bertindak membubarkan Parlimen sebaik membentangkan Belanjawan 2023 yang disifatkannya tidak masuk akal.

“Tiada satu pun daripada perkara ini untuk kepentingan awam. Orang ramai sudah memberontak, kita tidak tahu apa yang mereka rasakan mengenai belanjawan.

“Bagaimanapun, sekiranya parti lain menjadi kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mereka akan mengemukakan bajet baru. Tidak mungkin mereka akan (menyokong) bajet yang sama.”

Malah, seluruh usaha untuk merangka dan membentangkan bajet itu membazirkan kos dan masa, kata Fahri.

“Sekiranya kerajaan yang dipimpin parti lain membentuk kerajaan nanti atau jika mereka tidak meluluskan belanjawan sebelum ini, apa faedahnya?”

Tengku Zafrul pada hari pembentangan tersebut mengakui Belanjawan 2023 perlu dibentangkan semula sekiranya apabila Parlimen dibubarkan

Katanya, situasi sama berlaku pada tahun 1999 apabila pilihan raya umum diadakan sebelum RUU Perbekalan diluluskan.

PRU15 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan semalam. – 12 Oktober, 2022.
 

 WOIT

PENGKAJI TAK

TAHU KAJI

KAH KAH KAH

BUJET NI

DI RANCANG

SEBAGI UMPAN

KAH  KAH KAH

UNDILAH

BANDUAN NEGARA

DAPAT BUJET INI

KAH KAH KAH

LAGI SATU

BUJET   INI 

BERTUJUAN UNTK

MEMPERKENALKAN

ZAFRUL SEBAGAI

CALUM PM

AMIN

ZAFRUL BIJAK

BAHASA INGGERIS

ZAFRUL BIJAK

BAHASA ISTANA

ZAFRUL BIJAK

HAL EKONOMI

AMIN

MEMANG LAYAK

UNTUK GANTI

MAIL BERA

YANG MI SPIK

NO INGLIS

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: