Khamis, 13 Oktober 2022

GARIS POLITIK MUDA JELAS



Umno, BN musuh pembangkang, kata Muda

MUDA mengulangi hasrat untuk menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang sebagai sebahagian daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Ketua penerangannya Luqman Long berkata pembangkang sebagai satu barisan bersatu perlu menunjukkan kepada pengundi mereka mempunyai satu musuh sama iaitu Umno/Barisan Nasional (BN).

“Saya percaya musuh sebenar kita ialah Umno dan BN serta merekalah yang sepatutnya kita (pembangkang) lawan. 

“Jadi pertembungan antara parti pembangkang akan menolak tanggapan Umno dan BN sebagai musuh sebenar yang perlu kita kalahkan,” kata Luqman kepada The Malaysian Insight.

Luqman yang juga pengasas bersama Muda berkata menjadi sebahagian daripada gabungan PH juga akan mengelakkan pertembungan kerusi dalam kalangan parti komponen, memberikan mereka peluang lebih baik untuk menang pada pilihan raya.

Beliau berkata pertembungan kerusi dalam kalangan pembangkang hanya akan memberi kelebihan kepada Umno dan BN.

Beliau berkata Muda mahu mengelak perkara ini dengan apa cara sekalipun.

Beliau memetik Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai contoh di mana Muda dan PKR bertembung di Larkin memberikan BN kemenangan.

“Pertembungan kerusi (seperti di Larkin) menunjukkan tiada siapa daripada pembangkang yang menang.

“Yang mendapat kelebihan ialah Umno dan BN.

“Itu perkara terakhir yang kita mahu dan itulah sebabnya kita perlu menjadi pembangkang yang bersatu,” tambahnya.

Luqman berkata parti itu akan menyerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk memutuskan sama ada mereka akan menerima Muda dalam gabungan mereka yang kini dianggotai PKR, DAP, Amanah dan Upko yang berpangkalan di Sabah.

Pada Selasa Pengerusi PH Anwar Ibrahim menafikan laporan mereka menolak permohonan Muda untuk menyertai gabungan itu menjelang PRU15.

Beliau berkata perbincangan mengenai Muda menyertai PH masih diteruskan dan mendakwa terdapat perkembangan mengenainya.

Pada Isnin kini Perdana Menteri sementara Ismail Sabri Yaakob membubarkan kerajaan, membuka jalan kepada PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan bermesyuarat pada 20 Oktober untuk memutuskan tarikh pilihan raya persekutuan. – 13 Oktober, 2022.


MUDA ADA

GARIS POLITIK

YANG JELAS

AMIN

CAMPUR DENGAN

BUDAYA DEMO

AMIN

CAMPUR DENGAN

STRATIJI

KEMAH BESAR

AMIN

MUDA JADI

POLITIK 

MASA DEPAN

AMIN

Tiada ulasan: