Khamis, 13 Oktober 2022

TAK IKUT ARAHAN MAIL BERA




PAS kekalkan keputusan tidak bubar DUN

PAS hari ini berkata ia mengekalkan keputusan untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN) di negeri-negeri yang diterajuinya, mengenepikan saranan perdana menteri supaya pilihan raya di peringkat negeri dijalankan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dalam sebuah kenyataan, Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat hari ini memutuskan DUN di Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak akan dibubarkan.

Parti Islam itu juga berkata ia akan memperkukuhkan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15 dan memuktamadkan perbincangan pembahagian kerusi dengan gabungan itu.


“Senarai calon daripada negeri perlu diangkat untuk penilaian Majlis Syura Ulama,” kata Hadi.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 berkuat kuasa 10 Oktober untuk memberi laluan kepada PRU15 selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Susulan pembubaran Parlimen ke-14, perdana menteri turut mengesyorkan ketua kerajaan negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor agar mendapatkan perkenan Sultan serta Yang di-Pertua Negeri untuk membubarkan DUN masing-masing bagi membolehkan pilihan raya negeri dan parlimen diadakan serentak.

Bagaimanapun, negeri-negeri yang diterajui PN dan Pakatan Harapan menolak untuk membubarkan DUN negeri yang dikuasainya berikutan musim banjir dan bagi menumpukan usaha pemulihan ekonomi.

Namun Pulau Pinang diterajui DAP, parti komponen PH meneliti semula keputusan itu dan Majlis Presiden PH turut memulangkan keputusan pembubaran DUN kepada kerajaan negerinya.

WOIT

KAH KAH KAH

PARTI PAS

DAH BERANI 

TAK IKUT ARAHAN

MAIL BERA

KAH KAH KAH

INI MACAM

POKOK TUMBANG

BANGLA DAH BERANI

BERAK ATAS POKOK

KAH KAH KAH

AMIN

Tiada ulasan: