Selasa, 29 November 2022

AUTONOMI ATAU MERDEKA


Autonomi Sabah, Sarawak lagi penting dari jawatan TPM, kata penganalisis


RAKYAT Sabah dan Sarawak tidak sepatutnya melihat jawatan timbalan perdana menteri (TPM) dilantik dari negeri Borneo sebagai tuntutan utama dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kata penganalisis politik.

Ia sekadar simbolik semata-mata, kata pakar Asia Universiti Tasmania James Chin, sementara Jayum Jawan dari Universiti Putra Malaysia berkata jawatan itu tidak akan merapatkan jurang pembangunan antara Borneo dan Semenanjung.

Isu utama Sabah dan Sarawak ialah mempunyai autonomi untuk menentukan keutamaan pembangunan mereka berbanding mempunyai timbalan perdana menteri, kata mereka.

Masalah dua negeri Borneo itu ialah isu autonomi dan mencari dana untuk menyiapkan banyak projek infrastruktur seperti jalan raya, lebuh raya, hospital dan sekolah, kata Chin.

“Autonomi sebab rakyat di Sabah dan Sarawak mahu tentukan sendiri keutamaan pembangunan yang mereka mahu daripada merujuk atau ditentukan Putrajaya,” tambahnya.

Jayum berkata jawatan timbalan perdana menteri tidak akan merapatkan jurang pembangunan di kedua-dua negeri tersebut.

“Jawatan TPM hanya akan beri manfaat kepada individu tertentu, bukannya rakyat Sarawak atau Sabah,” kata profesor sains politik di UPM itu.

Beliau berkata perkara yang perlu diberi tumpuan oleh kedua-dua negeri ialah mendapatkan dana bagi merapatkan jurang digital; luar bandar dan bandar; Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung; serta Bumiputera dan bukan Bumiputera.

“Sudah tiba masanya pemimpin di Semenanjung melihat ke belakang, menghormati Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan buat perkara betul secara bermoral, beretika,” kata Jayum.

“MA63 bukan sesuatu yang perlu dikembalikan. Syarat MA63 sudah ada sejak awal lagi.”

Beliau berkata sudah tiba masanya Anwar menunaikan janji pilihan rayanya mengenai MA63 dan menghormatinya.

“Sabah dan Sarawak sepatutnya tidak perlu mengemis tentang hak mereka. Pemimpin dari kedua-dua negeri itu telah disesatkan dan dinasihatkan secara salah untuk menuntut apa yang sepatutnya menjadi milik mereka sejak mula dan disahkan dalam MA63.”

Kata Chin, memandangkan kebanyakan orang menjangkakan Ahli Parlimen Petra Jaya Fadillah Yusof untuk mengisi salah satu jawatan timbalan perdana menteri, ia juga tidak akan memajukan hasrat Anwar untuk mempunyai kerajaan “inklusif, berbilang kaum”.

“Saya jangka timbalan perdana menteri datang daripada GPS (Gabungan Parti Sarawak). Jika itu berlaku, maka GPS akan buka landasan baharu.

“Adakah mereka akan tunjuk komitmen mereka terhadap kepelbagaian kaum jika mereka pilih calon TPM dari pihak Pesaka,” kata Chin merujuk kepada sayap bukan Islam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ketua utama GPS.

Fadillah, naib presiden kanan PBB dan ketua whip GPS di Parlimen adalah dari sayap bumiputera - sayap Melayu-Islam dan Melanau – parti itu.

Chin berkata jika semua jawatan kanan – perdana menteri dan dua timbalan menteri – didominasi orang Melayu Islam, “maka kita tidak akan mencapai sebarang kemajuan (dalam hubungan kaum)”.

“Jadi untuk tujuan simbolik, (Premier Sarawak) Abang Johari Openg yang tidak henti-henti mengumumkan beliau tidak rasis dan mempunyai kerajaan negeri berbilang kaum, hendaklah (mencalonkan) bukan Islam sebagai timbalan perdana menteri.” – 29 November, 2022.




AUTONOMI

ATAU

MERDEKA

AMIN

INI PERSOALAN

HAKIKI YANG

WAJIB DITUNTAS

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: