Khamis, 17 November 2022

RAFIZI UGUT AZAM BAKI



Ugutan Rafizi terhadap Azam beri isyarat PH sedia salah guna kuasa, kata Bersatu

Bersatu hari ini mengecam Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berhubung amarannya terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki, mengatakan ia menunjukkan Pakatan Harapan (PH) mempunyai rancangan untuk menyalahgunakan kuasa terhadap penjawat awam yang menjalankan tugas mereka.

“Ini akan mempunyai kesan buruk terhadap kesemua penjawat awam yang kian lama telah menjalankan tugas mereka dengan ikhlas dan tanpa berpihak,” kata Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dalam sebuah kenyataan.

"Tidak pernah dalam sejarah negara, seorang pemimpin utama sebuah gabungan politik besar iaitu PH, membuat pengakuan terbuka akan menyalahguna kuasa untuk membalas dendam terhadap penjawat awam."

Terdahulu, Rafizi mengecam tindakan yang disifatkan sebagai sebuah “serbuan” oleh SPRM di pejabat Invoke Solution, sebuah syarikat berkait PKR yang dipimpinnya.

Dalam ceramah pilihan raya malam tadi, Rafizi berkata kerajaan PH akan “datang mencari" Azam jika memenangi pilihan raya umum hujung minggu ini.

“Sabtu kita mengundi, lepas menang pilihan raya kami cari Azam Baki, insya Allah” katanya dalam laporan media.

Faizal berkata Rafizi dan pemimpin PH lain menganggap mereka terkecuali daripada undang-undang dan tindakan penguatkuasaan, memetik tindakan menggugurkan pertuduhan terhadap pemimpin DAP Lim Guan Eng pada 2018 selepas PH mengambil alih Putrajaya.

Beliau turut menggesa calon perdana menteri PH, Anwar Ibrahim supaya menyatakan pendirian mengenai perkara itu.

"Adakah PH dan Anwar sedia menarik balik ugutan terhadap ketua pesuruhjaya SPRM dan meminta maaf kepada kesemua penjawat awam negara?"

WOIT

INI CAKAP

MASA BELUM

MENANG

KAH KAH KAH

KALAU MENANG

JADI GAMIN

KAH KAH KAH

KALAU KALAH

KES AKAN DIBUKA

KAH KAH KAH

INI CARA BN

KUKUH KUASA

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu baru rafizi..lu tak pernah dengar zahid komidi angkuh dgn wartawan? angkuh dgn warga..dgr cerita zahid juga kaki pukul boyfriend anak sendiri..lebih angkoh bila zahid asal jawa ni buat pru banjir..gua rasa angkoh rafizi ni sgt2 relevan sb satu dunia tahu kes sprm, saham, macau scam, skandal payung kuning, skandal bursa saham..so gua rasa rafizi bukan angkoh tp ketegasan yg meyebabkan pegawai2 kerajaan diputrajaya kecut perut..bukan disbkan anwar kluster mahkamah, tapi pegawai2 kerajaan tak bole curi mkn rasuah utk buat haji dan umrah..

cikminah berkata...

Hahaha.... silap diri sendiri. Siapa suruh istihar harta, konon ada 19 juta!!!
Tentulah kena siasat, dari mana datangnya duit itu.
Jangan susah Rafizi, kalau duit itu halal, siap ada bukti menunjukkan ia bukan duit haram, kamu takkan didakwa.
SPRM juga pernah menyelongkar offis dan rumah anak-anak Tun Mahadir di zaman Najib dulu, tapi mereka tak didakwa pun.
Gerun juga dengar ugutan Rafizi....😓 Adakah kalau PKR berkuasa nanti akan ada polis Gastapo untuk tangkap orang-orang yg mengkritik PKR...???