Sabtu, 19 November 2022

HARI HARI AKHIR SAEKOR UMNO



Pilihan raya sukar dijangka, pengundi Melayu jadi penentu


RAKYAT Malaysia mengundi hari ini untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang lebih stabil selepas kemelut politik panjang sejak pilihan raya umum bersejarah empat tahun lepas yang menyaksikan tiga perdana menteri dalam masa empat tahun.

Penganalisis politik melihat pilihan raya ini paling sukar dijangka keputusannya. Antaranya kerana ia melibatkan lebih enam juta pengundi baharu berumur antara 18 hingga 29 tahun, yang kebanyakannya pertama kali mengundi dan tidak diketahui kecenderungan mereka.

Beberapa badan penyelidik pilihan raya juga menjangkakan, apabila keputusan diketahui menjelang tengah malam nanti, tiada mana-mana gabungan politik akan memperoleh majoriti mudah 112 kerusi secara sendiri untuk membentuk kerajaan.

Merdeka Centre dan Ilham Centre yang mengeluarkan laporan kajian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semalam meramalkan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Anwar Ibrahim bakal menang paling banyak kerusi.

Hanya 221 daripada kerusi Dewan Rakyat dipertandingkan hari ini selepas pilihan raya bagi Padang Serai ditangguhkan ke 7 Disember susulan kematian calon PH M Karupaiya meninggal dunia, Rabu lalu.

Merdeka Centre meramalkan PH boleh menang 82 kerusi parlimen manakala Perikatan Nasional (PN) di tempat kedua dengan 43 kerusi. Ia juga meramalkan Barisan Nasional (BN) boleh menang 15 kerusi setakat ini ketika persaingan di 45 kerusi sengit dengan margin 5% dan belum dapat dijangka keputusannya.

Kajian Merdeka Centre juga mendapati 32% pengundi Melayu condong memilih PN, sementara 21% memilih BN dan hanya 13% mahukan PH. Bagaimanapun 32% lagi tidak menyatakan pilihan mereka, termasuk 8% yang enggan menjawab.

“Sepanjang tempoh kempen, kami perhatikan ada pergerakan yang ketara pengundi Melayu kepada PN dan sedikit kepada PH. Perkembangan ini merugikan BN,” kata badan itu.

Pengundi bukan Melayu pula secara keseluruhannya kekal tidak berganjak menyokong PH.

Ilham Centre pula menjangkakan PH boleh menang 86 kerusi, sekiranya peraturan keluar mengundi mencecah 80%. Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah 82.32%.

Ia juga membaca BN boleh menang 51 kerusi sementara PN menang 25 kerusi, sementara 26 kerusi sengit 50-50.

Antara kerusi sengit yang sama-sama disenarai oleh kedua-dua badan penyelidik itu termasuk Kangar, Kulim Bandar Baharu, Sungai Besar, Kuala Selangor, Temerloh, dan Ayer Hitam.

Satu kajian lain mengenai trend pengundian di Semenanjung Malaysia juga merumuskan PH unggul, boleh menang antara 85 hingga 93 kerusi, manakala BN 40 hingga 50 kerusi dan PN 30 hingga 35 kerusi. Kajian dibuat oleh pasukan penyelidik Universiti Teknologi Malaysia diketuai Dr Mazlan Ali.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli semalam berkata kerajaan baharu Malaysia boleh dibentuk melalui gabungan antara PH dan GPS, gabungan empat parti di Sarawak, yang asalnya anggota komponen BN. Empat parti itu keluar BN selepas PRU14 untuk membentuk gabungan parti politik negeri.

Merdeka Centre meramalkan GPS boleh menang 24 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak manakala Ilham Centre menjangkakan gabungan itu akan menang 18 kerusi.

Pemimpin GPS bagaimanapun sebelum ini berkali-kali menyuarakan pendirian tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH. Kerjasama GPS dengan PH semasa pentadbiran selepas PRU14 adalah satu kesilapan, kata pengerusinya Abang Johari Openg, yang juga premier Sarawak.

Siapa PM?

Merdeka Centre merumuskan kebanyakan pengundi akan membuat pilihan berdasarkan isu kos sara hidup dan inflasi, ekonomi, dan penyelewengan, sementara pengundi muda memberi perhatian pada isu peluang pekerjaan.

Ia juga membuat pemerhatian bahawa tumpuan pengundi kini bukan lagi pada calon yang bertanding di kawasan pilihan raya mereka sebaliknya siapa yang akan jadi perdana menteri.

“Kami perhatikan sehari sebelum hari mengundi, faktor pendorong pilihan pengundi berubah ketara daripada calon tempatan kepada pemimpin nasional atau calon perdana menteri,” kata badan penyelidik itu.

Merdeka Centre menyebut isu calon perdana menteri kini faktor utama mendorong pilihan pengundi, meningkat 29% semalam berbanding 23% pada hari penamaan calon 5 November.

PH mengemukakan Anwar sebagai calon perdana menteri sementara PN menamakan pengerusinya Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri antara Mac 2020 hingga Ogos 2021.

BN menamakan semula Ismail Sabri Yaakob, yang kini perdana menteri sementara sejak Parlimen bubar pada 10 Oktober. 

Bagaimanapun beberapa perkara berbangkit dalam tempoh tiga minggu lalu dibaca oleh banyak pihak seolah-olah gerakan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu jadi perdana menteri.

Lawan BN terutamanya PH dan PN giat berkempen dengan mesej satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk Zahid jadi perdana menteri, memaksa banyak calon BN dan pimpinan gabungan bertahan menafikan serangan itu.

Merdeka Centre juga membuat pemerhatian pengundi meletakkan Anwar sebagai calon utama pilihan perdana menteri pada 33% diikuti Muhyiddin (26%) dan Ismail Sabri (17%).

Muhyiddin pula lebih popular sebagai calon perdana menteri berbanding Anwar, kata kajian itu.

Muhyiddin Yassin lebih popular sebagai calon perdana menteri berbanding Anwar Ibrahim, kata kajian Merdeka Centre. 
.
Dalam pada itu, Ilham Centre merumuskan pesona Anwar yang bertanding di Tambun sebagai calon perdana menteri meningkatkan keghairahan dalam kalangan pengundi untuk keluar mengundi hari ini.

PRU15 ini diadakan serentak dengan pemilihan di 117 kerusi negeri di Perlis, Perak, dan Pahang serta pilihan raya kecil bagi kerusi negeri Bugaya di Sabah yang tertangguh sejak November 2020 kerana darurat pandemik.

Sebanyak 939 calon bersaing di 221 kerusi Parlimen, manakala 220 calon di Perak, 150 calon di Pahang, 64 calon di Perlis, dan tujuh di Bugaya.

Enam negeri – tiga bawah PAS (Kedah, Kelantan, dan Terengganu) dan tiga bawah PH (Pulau Pinang, Selangor, dan Negeri Sembilan) – tidak mengadakan pilihan raya sekarang untuk mengelak banjir. Semua negeri itu membayangkan akan membubarkan dewan undangan negeri masing-masing selepas Mac tahun depan.

Setakat semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memindahkan sekurang-kurangnya satu pusat mengundi di Sepang kerana banjir.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik waktu pagi tetapi dijangka hujan di beberapa negeri pada sebelah petang. 

Kajian Merdeka Centre menunjukkan 90% pengundi tetap akan menunaikan tanggungjawab mereka biarpun hujan lebat hari ini.

Pengundian awal sudah dijalankan pada 15 November tetapi semua kertas undi, bersama kertas undi yang dipos oleh pengundi di luar negara, hanya akan dikira selepas semua pusat pengundian ditutup lewat petang nanti.

Sejak beberapa hari lalu, sukarelawan giat menguruskan pergerakan kertas undi pos dari luar negara yang dikumpulkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk dihantar ke kawasan pilihan raya berkenaan. – 19 November, 2022. 



HARI HARI AKHIR

SAEKOR UMNO

AMIN

KUASA POLITIK

GEROMBOLAN

MAKIN KURANG

AMIN

PERANGAI

ABANG BESAR

HEGEMON DAH

TAMAT

AMIN

MENCURI

RASUAH AKAN

KURANG BILA

UMNO HILANG

KUASA

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Otak Melayu sudah lama bongsai dengan propaganda Yahudi, proganda Komunis, propaganda DAP, ditanam dalam otak pemikiran sampai susah nak fikir, susah nak kira logik akal, walau penyamun semua tapi masih cium tangan, masih cium kaki kerana habuan, kerana wang, kerana jawatan kerana pangkat dan jangan lupa pingat pingat lah kah kah kah ini negara kami suka hati kami nak merompak sampai haus, apa kamu peduli yang bising siapa yang teriak ini siapa? Semua pendatang belaka amin kah kah kah

Masuk reba. berkata...

Kamu jangan ingat Bn sahaja banyak penyamun...dalam PH sebenarnya lagi banyak penyamun, kalau dapat memerintah Malaysia sekali lagi jangan kamu menangis dan meraung mengenang nasib badan.
Semasa PH jadi kerajaan ingat tak cadangan menarik elaun kritikal staf hospital. Lupa ke? Kamu memang bangang. Duit RM 80 bilioon menteri kewangan ambil dari petronas tu ada sesiapa tau dia buat apa????