Isnin, 28 November 2022

PENYOKONG SETIA ZAHID




Tidak perlu letak 

jawatan

 atas kekalahan BN 

pada PRU15 – 

Ahmad Maslan
PONTIAN – Semua peringkat kepimpinan parti dalam Barisan Nasional (BN) termasuk pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi tidak perlu meletak jawatan susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Setiausaha Agung UMNOi Ahmad Maslan berkata semua pihak sebaliknya lebih elok bermuhasabah terhadap perkara duka itu dan bersama BN mencari penyelesaian atas segala kekurangan selain merapatkan kembali saf parti.

Beliau berkata walaupun BN hanya menang sedikit kerusi pada PRU15, parti itu telah menjadi penentu kewujudan kerajaan perpaduan.

“Kalau nak suruh letak jawatan, ramai betul kena letak jawatan… ada 7,000 lebih Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh Malaysia, ketua PDM, pengerusi perhubungan, ketua pemuda, ketua wanita dan ketua puteri yang tak dapat tarik pengundi muda dan baharu, terlalu ramai.

“Jadi, jangan ada sesiapa yang letak jawatan, kita muhasabah atas apa sudah berlaku. Kita bersyukur walaupun menang sedikit pada PRU15, namun kemenangan itu sangat penting. Kita rapatkanlah kembali parti kita,” katanya kepada pemberita selepas Dialog Bersama Pengundi DUN Benut di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad berharap pelantikan barisan Kabinet baharu di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim perlu dirunding bersama pengerusi BN atau pucuk pimpinan parti itu.

“Saya berharap ketika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, perundingan hendaklah dibuat dengan pucuk pimpinan kerana mereka menjadi suara kepada parti,” katanya.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyarankan agar UMNO Bahagian menganjurkan sesi dialog dan penerangan bagi memberikan penjelasan keputusan BN menyertai kerajaan perpaduan serta pelbagai perkara lain berhubung parti.- BERNAMA

WOIT

KALAU LETAK

JAWATAN

ZAHID DAN

MAT MAZLAN

NAK JADI APA

KAH KAH KAH

TAK JADI APA2

DALAM KERAJAAN

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

banyak pulak alasan .. kalau rasa malu letak jawatan.. kalau tak malu lantak ko la .. bukan parti aku yang kena terajang masuk longkang nanti