Sabtu, 5 November 2022

PRU 15 LAWAK KE ?

 


Ibu segala pilihan raya, atau lawak jenaka?

INI ibu segala pilihan raya, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Ahmad Zahid Hamidi menjelang hari pengundian pada 19 November.

Ia mungkin ibu segala pilihan raya bagi gabungan yang lama memerintah yang kalah pada 2018 sebelum bernafas semula apabila berkongsi kuasa dengan Bersatu dan PAS pada 2020.

Tetapi sekarang, sehari sebelum penamaan calon, nampaknya ia juga macam satu lawak jenaka.

Semua gabungan yang bersaing pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti menggagau mencari akar selepas sudah tidak ada rotan lagi untuk bertanding semua 222 kerusi yang ada di Dewan Rakyat.

Lihat saja Perikatan Nasional (PN) dan parti anggotanya Gerakan.

Sudah jauh menyimpang daripada parti yang diasakan oleh tokoh akademik seperti Dr Syed Hussein Alatas dan ahli politik seperti Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik, parti itu menamakan penjual karpet Deepak Jaikishan sebagai calon di kerusi Parlimen Pulai.

Dia lebih dikenali kerana kaitannya dengan kes pembunuhan Altantatuya Shaariibuu serta banyak urusan lain yang dikatakan melibatkan bekas perdana menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.

Dia malah menulis mengenainya dalam sebuah buku bertajuk “Black Rose”.

Dia calon bertanding menggunakan lambang PN. Presiden Gerakan Dominic Lau tidak terpilih jadi calon.

Tidakkah itu lawak daripada satu gabungan yang mahu diberi peluang sekali lagi mentadbir Malaysia?

Begitu juga BN, adakah ia bersungguh mahu menang semula Putrajaya atau hanya berharap pada undi di luar bandar dan selepas itu merundingkan kongsi kuasa selepas pilihan raya?

Senarai calonnya di Kuala Lumpur nampak lemah dan tidak mampu bersaing dengan penyandang Pakatan Harapan (PH), melainkan mereka berharap tidak ramai pengundi yang keluar atau semata-mata pengundi muda.

Mungkin hanya Johari Ghani di Titiwangsa yang nampaknya ada saingan dengan Khalid Samad daripada PH, tetapi yang lain hanya menambah bilangan calon di kertas undi.

Malah PH pun buat silap yang sama. Calonnya di Sungai Buloh jauh lebih rendah kualitinya berbanding bekas ahli Parlimen Sivarasa Rasiah.

Setakat ini BN meletakkan orang kuatnya Khairy Jamaluddin Abu Bakar, yang berpindah dari kawasannya di Rembau, Negeri Sembilan datang bertanding di Selangor.

Selain itu, PH juga menamakan Shamsul Iskandar Md Akin untuk mencabar Zahid di kubu kuat presiden Umno itu di Bagan Datuk. 

Apa peluang untuk seorang ahli politik yang kalah pilihan raya negeri Melaka baru-baru ini? Payah hendak dikata dan membingungkan apabila dia dilihat boleh jadi “giant killer”.

Tetapi jenaka paling lucu ialah mereka yang digugurkan oleh Umno dan PAS tetapi dikutip masing-masing oleh parti yang bermusuh itu.

Shahidan Kassim daripada Umno akan bertanding sebagai calon PAS dengan lambang PN di Arau sementara Mohd Khairuddin Aman Razali bertanding sebagai calon Umno dengan lambang BN di Kuala Nerus.

Atau apakah lebih lawak lagi, Annuar Musa yang digugurkan oleh Umno tetapi kemudian cepat-cepat mendedahkan ada sebuah parti baharu Muafakat Nasional untuk bertanding di Ketereh.

Itu nama pakatan politik antara Umno dan PAS lebih dua tahun dulu yang sekarang sudah pecah.

Ibu segala pilihan raya? Ya, tetapi lucunya nampak sekarang ini menjadikan Malaysia satu lawak jenaka. – 4 November, 2022.

* Jahabar Sadiq pengendali 
The Malaysian Insight.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

KAH KAH  KAH

AMIN




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini terang suluh tak payah pakai lampu picit, orang politik ini kawan kawan kawan semua, luar saja lawan lawan lawan, tapi akhirnya boleh kawan semua demi kuasa, pangkat pingat semua boleh amin kah kah kah politik cukup baik kalau ada lawak jenaka tin sardin 3.8 kah kah kah