Sabtu, 5 November 2022

MELAYU TAK SOKONG BN LAGI


Sokongan Melayu kepada BN merosot, kata Merdeka Centre

SOKONGAN pengundi Melayu kepada Barisan Nasional (BN) merosot dari bulan ke bulan dalam tempoh enam bulan terakhir menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata tinjauan terkini Merdeka Centre for Opinion Research.

Kajian itu mendapati sokongan pengundi Melayu kepada BN pada hujung Oktober hanya 32% berbanding 40% pada hujung Mei. 

Kajian Merdeka Centre ini disiapkan sebelum BN mengumumkan calon-calonnya untuk PRU15. Dalam senarai calonnya, BN menggugurkan beberapa tokoh utama Umno sehingga mencetuskan bantahan dalam kalangan ahli parti di kawasan berkenaan.

“Dapatan nampaknya menunjukkan kecenderungan jelas dalam kalangan pengundi Melayu kepada BN dan peningkatan kecil kepada Pakatan Harapan (PH),” kata Merdeka Centre dalam kenyataan media mengenai ringkasan kajian.

Sokongan pengundi Melayu kepada PH pula didapati meningka tiga mata daripada 10% pada Mei kepada 13% pada hujung Oktober, manakala sokongan untuk PN menyusut satu mata daripada 14% kepada 13%.

Sokongan pengundi Melayu kepada BN sebelumnya jatuh empat mata kepada 36% pada hujung Julai tetapi naik sedikit kepada 37% pada hujung September sebelum jatuh lima mata semasa kajian terkini hujung Oktober.

Kajian itu antara Mei hingga Oktober tahun ini, melibatkan 1,209 pengundi berumur lebih 18 tahun yang ditemubual melalui telefon dari seluruh negara.

Mereka ditanya mana satu gabungan yang mereka pilih antara PH, BN, Perikatan Nasional, dan Gerakan Tanah Air (GTA) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Sokongan pengundi Melayu kepada GTA, menurut kajian Merdeka Centre ini, hanya 2%.

Bagaimanapun kajian itu juga mendapati 29% pengundi Melayu menyatakan mereka belum lagi membuat keputusan.

“Ada kemungkinan sebahagian daripada pengundi yang belum membuat keputusan ini akan menyokong parti pemerintah tetapi pengalaman lalu memberitahu kami majoriti mereka ada kemungkinan akan mengundi parti lawan, sama ada PN atau PH,” kata Merdeka Centre.

Sementara itu, kajian mendapati 6% pengundi India juga masih belum buat keputusan.

Dalam kalangan pengundi Cina, 47% menyokong PH manakala 18% tidak pasti.

Responden ini dipilih secara berkadar dengan demografi kawasan pilihan raya di seluruh negara, melibatkan 62% pengundi bandar dan 38% pengundi luar bandar dan separa bandar.

Kajian terakhir ini dijalankan antara 19 hingga 28 Oktober. – 4 November, 2022.


INI BERITA

BAIK

AMIN

TAPI SATU

SOALAN

AMIN

KEMANA ARAH

SOKONGAN

MELAYU ?

AMIN

BERALIH KE PH

ATAU ALIH KE PN

AMIN

KITA HANYA TAHU

LEPAS INI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: